BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Mini Caramel Cheese Cake



Alhamdulillah nak kisahkan pasal cheese cake kali ni. Dah lari dari menu Kelantan ni..hahaha....

Resepi cheese cake yang sangat sodap ni hasil carian di internet. Alhamdulillah..anak menantu suka..en suami pon suka..

Asal2nya, google resepi ni lepas rasa kesedapan Caramel Cheese Cake dekat Nando's. Alahai teramat la sedap. Itu yang kata tak boleh jadi ni, misti nak cari jugak resepi, buat sendiri. Walaupun yang hasil buat sendiri tak sama rasa dengan yang kat Nando's tu, tapi okay laa...dah best sangat rasa. Memang mabeles, alhamdulillah👍👍👍

Okay...ini resepinya...

Mini Caramel Cheesecakes


Bahan2 nya:

Untuk crust

2   1/4 cawan biskut oreo dhancurkan @ beli yg readymade hancur
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan butter dicairkan,

Untuk cheesecake

448g cream cheese
150g gula
60g yogurt
2 biji telor gredA
2 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu kecil vanilla
Secubit dua garam

Untuk Topping

Sos caramel

..............................


Cara membuatnya:

Panaskan oven 170'C

Satukan biskut oreo, gula perang dan butter yang dah dicairkan. Gaul sebati. Masukkan sesudu besar untuk setiap cup kertas dalam dulang muffin. Tekan2 sikit dengan sudu. Sejukkan sekejap dalam peti ais.

Putar cream cheese dan gula hingga gebu. Masukkan yogurt, telor, vanilla, tepung dan garam...putar lagi sehingga sebati kesemuanya. Tuangkan adunan ke dalam jug supaya senang dituang adunan ke dalam cup kertas. Tuang adunan cheese biar hampir penuh untuk setiap satu cup kertas.

Bakar cheese cake 15 hingga 20 minit. Setelah masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum sambung sejukkan di dalam peti ais.


Sedap dihidang sejuk. Sudukan sesudu caramel atas cheesecake semasa menghidang. Rasai lah kesedapannya...yummy💗😍


Cara buat Sos CARAMEL 

Bahan2nya:

1/2 cawan air; 115g
1   1/4 cawan gula; 240g
1/2 sudu kecil (2g)   garam
1 cawan whipping cream; 225g
Sesudu kecil butter(optional)

Cara-caranya:

  • Panaskan air dan gula. 
  • Biarkan masak hingga berbuih2 sambil sesekali dikacau2. 
  • Bila timbul satu bahagian berwarna perang gelap, terus masukkan whipping cream. Kacau lagi hingga pekat dan cantik warnanya..

Sos caramel sedap dimakan dengan lempeng, roti canai, roti dan sebagainya. Bila disimpan lama dalam botol ia akan mengeras jadi boleh dipanaskan sekejap dalam mikrowave bila nak guna, panaskan hanya sampai ia boleh diceduk dengan sudu.

Selamat mencuba buat cupcake yang over sedap ini. Tak cuba, tak tau...dah cuba baru tau inshaaAllah👍😀





1 comments:

Anonymous said...

Tq for recipe. Comel pula buat mini macam ni

Menu A - Z