BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Asam Pedas Ayam Yang Jeligho

Banyak trip buat asam pedas ni...he he

Assalamualaikum.

Kalau posting sebelum ni tunjuk Asam Pedas Daging, kali ni nak tunjuk Asam Pedas Ayam pulak. Jeligho sungguh asam pedas ni.👍👍
Alhamdulillah bunga kantan kat laman banyak klua...syukur alhamdulillah.

Bunga kantan ni saya dah check harga kat pasar, jatuh ke singgit sebatang. Mak ai, bulih kigho mahal dih..ish ish.. Syukur lah tergerak hati dulu nak tanam pokok ni. Sekarang dah makin subur, sekali petik dapat la dalam 5 - 6 kuntum bunga kantan. Tak terbuat lah saya asam pedas kalau semua nak pakai sendiri ..itu yang bila anak menantu balik bagi2 suruh wat balik rumah sewa masing2. Dan dapat hulur  sama kat jiran dan kawan dekat2 sini ... alhamdulillah.

Resepi Asam Pedas Ayam yang sama tu jugak la....dulu kisahnya di sini😀😀 resepi sama jugak dengan Asam Pedas Daging👍


MASAK ASAM PEDAS AYAM
  • ayam di potong dalam keratan kecil
  • *cili kering
  • *bawang besar merah
  • *bawang putih barang seulas
  • *sedikit halia
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • serai 2 batang
  • bunga kantan sekuntum
  • daun kesum
cara membuatnya:
  1. Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian ditumis garing.
  2. Selepas itu masukkan ayam. Masak sampai ayam kecut dan sebati dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan belacan dan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
  4. Tambah air masak untuk lebihkan kuahnya. Biarkan lagi di atas dapur dengan menggunakan api yang kecil.
  5. Bila dekat nak tutup api baru dimasukkan daun kesum yang... ouhh...membangkitkan aroma.... mmmmm...

0 comments:

Menu A - Z