"Mana ko dapat ragi?", tanya kak Mah, neighbour sebelah rumah saya.
"Ohh kakak ipar hari tu kasi, kak Mah...."
Alhamdulillah, ramai yang suka tapai yang buat masa makan2 minggu lepas tu. Buat sekilo beras pulut je.... ambik syarat tambah2 menu di meja hidangan.
Hanya tetamu yang datang awal je sempat rasa. Sekejap je dah habis tapai pulut yang bungkus dalam daun pisang tu. Hajat tu sebenarnya nak bungkus dalam daun getah, tapi mana nak cari....huuuu
Jom kita buat tapai....
RESEPI TAPAI PULUT
Bahan-bahannya:
- sekilo beras pulut
- 1/4 dari sebiji ragi *sebiji ragi dibahagi 4...ambil 1 bahagian sahaja*
- air 1.5 - 2 mug
Cara:
- Rendam pulut selama 2 jam kemudian toskan
- Kukus pulut selama 15 - 20 minit.
- Keluarkan pulut dari kukusan, pindahkan ke dalam satu besen/periuk.
- Arung rata dengan air.
- Kukus lagi sampai periuk keluar wap.
- Keluarkan pulut dari kukusan, biarkan pulut betul2 sejuk.
- Hancurkan ragi, taburkan ragi ke atas pulut *seeloknya guna penapis, biar rata kena semua bahagian pulut*
- Boleh mula membungkus pulut dalam daun pisang/daun getah. Tutup dengan lidi/stepler. *boleh juga dimasukkan ke dalam mana2 bekas yang sesuai asalkan bertutup*
- Masukkan tapai yang dah siap dibungkus ke dalam satu tupperware besar. Tutup dan hanya boleh dibuka tupperware tersebut selepas 36 jam.
formula untuk tahu tapai dah masak belom....
- malam ini bungkus tapai, malam esok tapai dalam keadaan demam, keesokan paginya tapai dah sedia untuk dimakan tapi tengahari/petang sikit baru tapai betul2 manis... :)
***nota fzi: Tapai pulut ini sedap sangat jika dimakan sejuk bersama dengan susu cair dalam tin tu... satu lagi faveret saya bila makan tapai pulut dengan eskrim....mmmmm memang best, kalu tak percaya cuba terai... :))
**TAPAI VERSI BARU aka Tapai moden ada dalam posting baru di SINI
**TAPAI VERSI BARU aka Tapai moden ada dalam posting baru di SINI
9 comments:
Memang sedap Tapai Pulut yg mama buat ni. Ada rasa dan sedang elok timing masak nya. Kalau tak pandai maka mungkin mentah dan tawar. Teruskan perjuangan.
Pa..
Tq compliment... hehe
Memang best tapear kan, stok beras pulut banyak lagi tuh nnt mama wat lagi...
...errr...agak2 dapat tak papa usahakan cari daun getah kat mama.. :)
dah disejukkan sedap ni :)
...betul sangat tu Pia...sejuk rasa tekak kalu baru2 kuar peti-ais... :)
Blh tahu sukatan air utk arung tu mcm mane?
Dalam 1 1/2 hingga 2 mug puan
Mohon ambik rsepi ye sis
Mohon ambik rsepi ye sis
Kalau bubuh dlm tapowe kecik2 pastu letak dlm polisterin puti yg selalu dok bubuh ikan tu boleh x sis?
Post a Comment