BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Tepung Pelita

"Lama ek mama tak up-date Menu"

Kakak tiba2 tanya masa tengah breakfast semalam.


"...hehe...bese la tu, kan mama duk tekun baca buku skang ni...mana nak baca buku yang beli kat pesta buku hari tu lagi, nak habiskan buku yang pinjam kat library lagi....heheh"
, terus bagi alasan konon nak cover.

Tapi sebenarnya memang ya pun. Masak tu tetap masak, kueh pun buat, tapi buat yang selalu buat tu je....yang dah ada dalam fzmenu seperti pengat2, bubur dan jepput pisang. Pastu sudah semestinya empat lima jenis variasi pulut yang sohor di kelate cam pulut pagi, pulut seri muka, pulut beriti dll lagi tuh ....
:))

Jadi, kali ini nak tunjuk menu Tepung Pelita pulak. Petang semalam sempat round blog rakan2
blogger jap, lalu tiba2 terpandanglah Tepung Pelita dekat blog Atsauri. Ishk, takkan nak tengok je ya tak.... tak boleh jadi nih.... kalu tak buat, gerenti sampai ke malam la saya duk teringat2 nak makan tepung pelita,..... huuuu

Terus shut down komputer.... ambik pisau... keluar ambik daun pisang, daun pandan dan raup lidi dari kelapa pandan papa *
alahai rongak jadinya pelepah kelapa papa....soriii* Kemudian masuk umah, layur2kan sekejap daun pisang kemudian potong2 ikut sama saiz. Dah selesai buat 'temalong' *bekas tepung pelita*, baru panaskan air dalam kukusan. Mulalah bancuh tepung, ejas2 kecairannya biar perfect kepekatannya... saya suka cayak-cayak sikit, lembik2 sikit finishing tak suka keras kuehnya... heheh

Orite!
Akhirnya selamat sudah buat tepung pelita petang semalam. Kira.. kira.. dapat laa 15 biji semua sekali. Cukuplah tu...tepung pelita saya besar2.... kiranya bukan saiz bot laju la, ni kira saiz bot penumpang...hihi... makan dua bijik InsyaAllah dah kenyang.... :) Sedapppp.... siap2 sejukkan dalam peti tunggu kakak, abang dan papa balik makan. Shilah yang ada kat umah la untung, dapat mula2 try.... "Hmmmm... bestnya Ma.....", jerit shilah time rasa.... Alhamdulillah syukur..... Timakasih buat Atsauri yang cetuskan idea buat akak... :))

Jom kita tengok resepi....


RESEPI TEPUNG PELITA
Bahagian atas:

  • tepung beras setengah cawan
  • santan 2 setengah cawan
  • garam dua tiga cubit
Bahagian bawah:
  • tepung beras setengah cawan
  • secubit kapur makan
  • air masak + pati pandan*mesin daun pandan 5 - 6 helai* jadikan 2 cawan
Yang perlu disediakan:
  • daun pisang dipotong segiempat tepat sama saiz *saya lapiskan 2 helai daun untuk setiap temalong*
  • lidi dipotong 1 setengah inci setiap satu *boleh ganti guna stepler*
  • gula pasir untuk lapisan paling bawah *nak ganti guna manisan pun boleh*
Cara membuatnya:
  1. Bila air dalam kukusan dah mendidih, susunkan temalong dekat antara satu sama lain. Kalau jarak2, bentuk tepung pelita lepas masak kureng cantik.
  2. Masukkan dua sudu teh gula dalam setiap temelong.
  3. Curahkan lapisan bawah sehingga sampai paras setengah dari temalong.
  4. Kukus lah sekejap.
  5. Kemudian curahkan pula lapisan atas yang berwarna putih.
  6. Kukus lagi dalam 10 minit.
  7. Alhamdulillah....selesai sume, tunggu sejuk jap baru masuk peti.... nyum nyum nyum :)
***nota:
  • kadar kecairan boleh diejas, jika suka keras sikit tepungnya, boleh tambah tepung beras... bagi resepi di atas, tahap kueh betul2 lembik, bergoyang2 nampak kuehnya semasa diangkat dari kukusan, tapi alhamdulillah 'seghing' elok masaknya.
  • boleh ganti kukus dalam container bulat kecik2 kalu tak ddan cari daun pisang dan buat temalong. Tapi lagi sedap makan tepung pelita dari bekas daun pisang, aromanya lain... :)

***up-date 7.oo pagi Selasa 13/4/2010


Alhamdulillah petang semalam buat 2nd round tepung pelita dalam selang masa 3 hari ini....hehe... Stat buatnya pukul 5.00, pukul 6 suku dah siap semua. Kalu dah siap2 buat temalong time lain, lagi la sekejap tempoh masa nak buat tepung pelita ni....dalam 20 minit dah boleh siap... :)

Kali ini saya buat temalong pakai daun pisang emas pula. Hari tu buat pakai daun pisang tanduk. Ambik 2 pelepah daun pisang dan 4 helai daun kelapa untuk lidi. Alhamdulillah adunan yang dibancuh, ngam2 cukup untuk 17 bot yang agak comel. Nampak cute sikit laa sebab botnya kecik sikit...hehe... Bila dah bot kecik tu saya kurangkanlah sikit sukatan gula untuk lapisan paling bawah tu menjadi satu sudu teh *umbu* je...

Jom layan gambar 'pelita hidup' semalam....
:))


*** bagi yang rasa tak brape konfiden nak buat tepung pelita cara kukus terus ini, boleh lah masak dulu adunan hijau dan kepala santan biar pekat sikit sebelum ianya dituang ke dalam temalong... niway saya masih kekal buat cara kukus terus...wassalam


Menu A - Z