BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday

Puding Karamel Kukus

Alhamdulillah....


Masih duk ulang buat puding karamel yang tak jemu2 nak ambik makan ini. Makan sejuk2 keluar peti ais..ohhh itu yang lepas abih satu ambik satu...

Sementelah kita masih dalam pkp(perintah kawalan pergerakan) yang hari ini masuk hari yang ke 17, makanya banyak masa asyik duk ulang-alik ke dapur je. Kalau dicongak2 banyak km tu berjalan tiap hari, berjalan dalam rumah je pun. #dudukrumah

Innalillah, hari ini Jumaat bermakna dah tiga kali Jumaat en suami dan anak2 semua tidak dapat ke masjid menunaikan Solat Jumaat. Suatu situasi yang tak pernah terfikir pun oleh kita semua boleh terjadi.

Tempoh pkp ini telah dilanjutkan lagi sehingga 14hb April, 2020. Sama2 kita bantu usaha kerajaan untuk hentikan rantaian covid19 dari terus menular. Moga Allah hilangkan wabak penyakit covid19 ini...Aamiinnn ya Allah
#dudukrumah

Okay jom kita tengok resepi Puding Karamel yang super sedap ini. Resepinya sangat mudah tapi hasilnya superb alhamdulillah.

PUDING KARAMEL KUKUS
Bahan untuk gula hangus:
1 cawan gula
1/2  cawan air panas

Bahan untuk puding:
1tin susu cair
1 tin air masak(pakai tin susu cair)
1/2 tin susu pekat FN (3/4 tin jika suka manis)
6 biji telor ayam gred B
Satu sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya:
Masak gula hingga gula jadi perang kegelapan. Masukkan air panas dengan segera untuk hentikan gula dari makin hangus. Kacau2kan ia biar serata dan tuang dalam bekas/loyang yang nak buat puding. Golek2kan biar gula hangus serata di dasar dan tepi loyang. Panaskan susu sebentar jangan sampai mendidih. Tutup api. Ketepikan sebentar. Telor dikepok2 dengan esen vanila biar mesra. Satukan campuran susu dengan telor. Kacau serata. Tapis ke dalam mangkuk lain dan kemudian tapis sekali lagi ke dalam loyang yang dah disalut gula hangus. Kukus selama 20 - 25 minit.

Moga bermanfaat.
Sekian wassalam.

0 comments:

Menu A - Z