BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Resepi Mudah Agar-agar Pandan Fzmenu

Bismillahirrahmanirrahim.





Alhamdulillah, semalam pukul 6.30 petang baru bergegas buat agar2 Pandan lepas dapat kol keluarga besan nak datang beraya. Agar-agar tak kira apa pesen agar-agar samada yang kosong ke, yang boh santan ke, yang boh buah laici atau koktel ke...semua saya suka. Jadi bila teringat ada santan dan telor, hah buat agar-agar pandan je la...sedap saya suka, manis sedang-sedang dan tak muak. Nampak semalam opah Rin(rin@menantu) duk ulang ambik makan...alhamdulillah.

Meh kita tengok...
Resepi mudah Agar-Agar Pandan ni.


  • Agar-agar sepeket 28g
  • Air 6   1/2 cawan
  • Daun pandan 6 helai(mesin, dapatkan 1/2 cawan air pandan)
  • Pati santan 1 cawan
  • Gula 1 cawan( sila lebihkan jika suka manis2)
  • Telor 2 biji (gredB)
  • Secubit dua garam


Cara mudah membuatnya:

  1. Masak agar-agar bersama 7cawan air hingga agar2 larut. 
  2. Masukkan gula. Bila dah masak sebati, tutup api dapur. 
  3. Tapis agar2 ke dalam periuk lain.
  4. Kepok2 telor bersama santan, garam dan air daun pandan. 
  5. Tapis kemudian tuangkan dalam periuk agar2. 
  6. Masakkan balik sambil dikacau2 hingga mendidih, bila dah mendidih tutup api dapur. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang. Bahagikan biar dapat memenuhi dua loyang supaya agar-agar nanti takde la tinggi sangat, senang nak potong.
  8. Bila dah sejuk sikit dan permukaan agar2 dah tak melekat di jari, sambung sejukkan dalam peti ais.  

Uishhh...memang terbaik lah agar-agar Pandan ni. Sangat sesuai dihidangkan bagi merai'kan tetamu. Agar2 Pandan semalam tu buat saing makan dengan Satay, Kuah Kacang. Nasi Impit dan Rendang. Semua homemade. Besan bawak buahtamgan 4 batang lemang yang superb sedap, jazakallah. Terus anaknda tolong potong lemang sebatang buat menambah menu hidangan Raya. Kueh raya pon pakat2 menyelit sama menyerikan suasana. Alhamdulillah.


**nota:
Buat lagi second round Agar-agar Pandan. Tak boleh brek makan dia😁

0 comments:

Menu A - Z