BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Resepi Mudah Agar-agar Pandan Fzmenu

Bismillahirrahmanirrahim.





Alhamdulillah, semalam pukul 6.30 petang baru bergegas buat agar² Pandan lepas dapat kol keluarga besan nak datang beraya. Agar-agar tak kira apa pesen agar-agar samada yang kosong ke, yang boh santan ke, yang boh buah laici atau koktel ke...semua saya suka. Jadi bila teringat ada santan dan telor, hah buat agar-agar pandan je la...sedap saya suka, manis sedang-sedang dan tak muak. Nampak semalam opah Rin(rin@menantu) duk ulang ambik makan...alhamdulillah.

Meh kita tengok...
Resepi mudah Agar-Agar Pandan ni.


  • Agar-agar sepeket 28g
  • Air 6½  cawan
  • Daun pandan 6 helai(mesin, dapatkan ½ cawan air pandan)
  • Pati santan 1 cawan
  • Gula 1 cawan( sila lebihkan jika suka manis2)
  • Telor 2 biji (gredB)
  • Secubit dua garam


Cara mudah membuatnya:

  1. Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar² larut. 
  2. Masukkan gula. Bila dah masak sebati, tutup api dapur. 
  3. Tapis agar² ke dalam periuk lain.
  4. Kepok² telor bersama santan, garam dan air daun pandan. 
  5. Tapis kemudian tuangkan dalam periuk agar². 
  6. Masakkan balik sambil dikacau² hingga mendidih, bila dah mendidih tutup api dapur. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang. Bahagikan biar dapat memenuhi dua loyang supaya agar-agar nanti takde la tinggi sangat, senang nak potong.
  8. Bila dah sejuk sikit dan permukaan agar² dah tak melekat di jari, sambung sejukkan dalam peti ais.  

Uishhh...memang terbaik lah agar-agar Pandan ni. Sangat sesuai dihidangkan bagi merai'kan tetamu. Agar² Pandan semalam tu buat saing makan dengan Satay, Kuah Kacang. Nasi Impit dan Rendang. Semua homemade. Besan bawak buahtangan 4 batang lemang yang superb sedap, jazakallah. Terus anaknda tolong potong lemang sebatang buat menambah menu hidangan Raya. Kueh raya pon pakat2 menyelit sama menyerikan suasana. Alhamdulillah.


**nota:
Buat lagi second round Agar-agar Pandan. Tak boleh brek makan diašŸ˜

0 comments:

Menu A - Z