Anak2 merungut2 tak puas makan Sira labu masa kawan saya Mona and the gang datang Isnin lalu. Sume dapat dua tiga hiris je, jadi bila diaorang nak ulang makan lepas dinner, jengok2 dalam periuk...dah abis.... hehe
Jadi semalam semasa ke pasar dengan Shilah, nampak labu kuning gemok2 belaka. Huh...apa lagi, beli pulok untuk buat sigho labu lagi.....*kuat betul makan manis2 dua tiga menjak ni... aishh...*
Kalau ada yang berminat nak menyira labu, jom tengok camana cara-caranya....pernah dulu cerita cara nak buat Sira Labu kat sini..... :)
Resepi Sira Labu
- Setengah biji labu dikupas kulit, dibasuh dan direndam air kapur *saya rendam dari pagi, petang baru dimasak(fungsi air kapur untuk buat labu lebih kental dan cantik bila disira)*
- Setelah dibasuh bersih, sejatkan.
- Masak gula secawan + air + 2 helai daun pandan yang disimpul + tujuh lapan biji bunga cengkih + dua tiga titik pewarna kuning *untuk kasi ceria kaler*
- Masak biar agak likat baru dimasukkan labu, taburkan sedikit lagi gula di atasnya.
- Masak lah sampai air sira pekat(berbuih-buih)
- Dah siap.....
*** Cari labu yang kulitnya kuning (labu tua)
0 comments:
Post a Comment