Semasa berbual-bual dengan kak Mah jiran sebelah rumah, ada keluar cerita pasal kuah rojak ni. "tting!!" timbul idea, nak buat lah bila time anak2 balik nanti. Rasa teringin nak makan la pulak.
Bagaikan diseru-seru, semasa ke Pesta Makanan di sekolah Shilah Ahad lalu, nasib baik Rojak buah ada dijual sama. So, dapat la makan walaupun rasa kuahnya tidaklah se KOW Kow yang kita buat sendiri...hehe
Cari2 gambar rojak buah *kamiorang panggil dengan gelaran "Rojak Jawo" * masa buat jamuan raya dulu, adalah terselit satu. .....Kira boleh lah di publish walau presentation nya tak berapa cantik, hanya terhidang dalam mangkuk polistrin je...:))
Bahan-bahannya:
- 1 cawan kacang tanah
- 10 tangkai cili kering
- belacan (sebesar ibu jari)
- garam secukupnya
- asam jawa
- manisan siam 6 keret(kalau manisan kampung 4 keret *saiz lebih besar*)
Cara membuatnya:
- Goreng kacang dengan minyak sampai garing. Kemudian simpan sikit minyak tadi.
- Goreng lada kering. Angkat, sejat.
- Goreng belacan. Bila garing, angkat, sejat.
- Tumbuk kacang, kemudian asingkan.
- Tumbuk lada kering dan belacan.
- Masakkan manisan + air, biar sampai cair-cair likat. Sejukkan. Bila betul2 sejuk baru masukkan belacan, cili, air asam jawa(guna air masak), kacang dan garam.
- Sedia untuk dihidangkan samada dengan( i) rojak *bahan "Rojak Jawo" terdiri dari timun batang, sengkuang, jambu batu, jambu penawar, nenas, limau bali, kangkung yang dicelur, taugeh yang dicelur dan keropok keping yang dihancurkan kasar2* (ii) kepingan kacang tauhu yang di goreng dan di potong dua jadi segi tiga. Kemudian kacang tauhu dibelah tengah dan dibubuh taugeh yang dicelur, kangkung yang dicelur, timun batang dan sengkuang (iii) keropok lekor/keropok keping.
p/s... terkenang rojak jawa Cik Yoh Pok Ya jual bawah pohon celagi masa kecik dulu....hari-hari naik 'basikal chopper kaler purple' pegi beli....huuuu
6 comments:
Rojak buah ni kalau kat KB kite paling suke kat depan Wisma tue.ade pakcik jual dengan motor. Sangat best rojak buah die.makan satu mesti nak lagi satu.hehe.promosi plak :)
Ohh betul tu Ijan... kalu makan rojak ni tak leh brek...gerenti abis 2 bukuh...hehe
tu hari masa balik dr perak..saya singgah R7R tapah. rembat gak kuah rojak buat mkn2 ngan buah2. sedapp!!!
...tu yang seronok tu kalau dapat sering2 lalu ikut PLUS highway ni kan ain...hahaha
rojak buah ni berbagai bagai rasa..ade yg guna petis..leh tengok kat blog akak siap bergambar..cari dalam bulan mei kalau tak silap..hehehe saje bg kecur airliur fzi ajer...
Ohh nanti saya tengok...mesti sedap tu guna petis...boleh la try buat one day... tukar2 selera... pelbagaikan resipi...hehehe
Thanx...
Post a Comment