Pagi2 selalunya saya "krung krang krung krang" le kejap kat dapur, siapkan breakfast. Kesian pulak 'mereka mereka' bangun nak makan...hehe.. Time tiada daya dan upaya je 'makan roti keping Gardenia' dengan jem....hehe.. Habih2 pun rajin2kan diri buat roti telur/banjo...:))
Jadi "krung krang krung krang" buat nasi goreng/bihun/mee kuning/macaroni lah selalunya pagi2. Kali ini nak royat pasal goreng bihun. Ada dua tiga cara sebenarnya *saya kadang tukar2 menu* tapi nak share satu cara yang jadi kesukaan anak2 dan cik abang. Resipi ini basic je, tidak masuk kicap hanya sedikit sos tomato sahaja *tak kira samada yang blend sendiri buah tomato/ready-made*. Tapi InsyaAllah sedap dan rasa pun tak lah muak. Light n easy, just nice untuk sarapan pagi.
Bahan-bahannya:
- Bihun 1 kampit cap bintang (direndam 1 jam sebelum masak)
- isi ayam
- tambah udang *jika suka*
- sawi dan kobis/kangkung
- bawang merah besar 3 labu
- bawang putih 3/4 ulas
- cili kering secekak(direndam dan dibasuh bersih)
- tomato sos
- telor 2 biji
- garam
- gula
- Cili kering, bawang merah dan bawang putih dimesin.
- Tumis kesemua bahan tersebut.
- Sementara tumisan di atas dapur, potong isi ayam kecil2.
- Bila dah masak bahan tumisan, masukkan ayam. Biarkan masak sambil sesekali dikacau.
- Sementara itu bersihkan sayur, potong dan ketepikan. Basuh bihun yang di rendam dan toskan.
- Masukkan sayur. Balik-balikkan sekejap kemudian masukkan bihun tadi. Tambah air masak +- secawan atau lebih. Kacau sekali2.
- Bila dah tak nampak air dan bihun dah lembut, masukkan sos tomato dalam sukatan lebih kurang setengah cawan.
- Tambahkan garam dan gula. Sesuaikan rasa mengikut selera sendiri.
- Bila dah hampir masak, masukkan 2 biji telor di hujung kuali. Biarkan sekejap lalu kacau-kacaukan biar sebati telur tadi pada keseluruhan bihun.
- Masak sampai 'sekhing' *masak sepenuhnya*.
p/s... bagi sesetengah orang, letak sedikit pewarna untuk menaikkan lagi serinya. Jadi warna bihun jadi sedikit kemerah-merahan *saya takde la pulak letak* :))
5 comments:
tiba2 rasa nak makan sangat bihun goreng!!huhu
...mmmm boley le goreng pagi esok ain...hehe
Penuh pinggan tue Kak.. boleh ler saya singgah.. buat dinner je lah ek..:D
Baru je nampak bihun goreng kat umah Cik Wan.. sekarang kat sini pulak.. bestnya... bile kite nk buat pulak nie. Kt sini ada yg ala2 saiz bihun tp bila celur cikit dah lembek bertempek tempek semua. huhuh
Ohh kesian nya... sabarlah... tapi takpe sekarang ni macam2 pasta ada, yang berpintal2, bergulung2 sume ada... boley beli, rebus then goreng sesedap2nya...kan Ijan!
Post a Comment