BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Solok Lada


Semasa ke pasar Sabtu lalu, tiba-tiba ternampak olehku cili hijau yang boleh tahan besarnya... "Aha... boley buat solok ni", idea spontan muncul....;p

Dah lama tak buat solok. Kalau nak tunggu ada 'lada solok' (cili hijau dari Kelantan yang memang diberi gelaran lada solok), baru nak buat solok alamatnya kempunan la suami dan anak2ku nak makan solok lada....hahaha

So, hari tu terhidanglah Solok Lada sebagai salah-satu lauk dalam menu makan tengahari... mmmm....


Bahan2nya:

  • 6 cili hijau/lada solok
  • secawan kelapa parut muda
  • 1 ekor ikan kembong/2 ekor ikan sardin
  • 4 ulas bawang merah/1 labu bawang merah India
  • 1 ulas bawang putih
  • setengah inci halia
  • lada hitam 7 - 8 biji
Cara buat:
  1. Cili di belah tengah, buang biji lada kat urat tengahnya. Kemudian rendam seketika dalam air cuka.
  2. Kupas isi ikan mentah2.*tak payah direbus/panggang ikan, nanti hilang rasa manisnya *
  3. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Campurkan kelapa dan isi ikan. Tumbuk lagi.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  6. Sumbatkan bahan2 yang dah siap ditumbuk ke dalam cili. Tekan2kan biar padat.
  7. Bila dah siap semua, susunkan dalam periuk. Masukkan sedikit santan pekat untuk tujuan merebus.
  8. Masak dengan menggunakan api yang sederhana pada mulanya dan kemudian kecilkan api bila solok lada dah hampir2 'sekhing'(masak sepenuhnya).
  9. Sedia untuk dihidangkan....
~~~~~~~~~~~~~~

Ini rupa Solok Lada pakai Lada Solok... Link nya di sini

Sebelum dimasak
Sedia terhidang di meja makan




18 comments:

Peminat Solok said...

Solok lada mama ni memang sedap. Lada hijau tu tak pedas langsung. Takleh lawan lada solok ori yg warna hijau muda tu, ada rasa pedas sikit2. Anyway sedap, tak sedar lesap 2 pinggan nasi..he he.

Anonymous said...

Sedap neh Kak.. kite ritu buat pakai kelapa tua saja.. heheh... boleh laa dari takde :D

fzi said...

...hehe papa...nnt lada solok kita menjadi, mama selalu buat k...hopefully benih yang semai dalam polybag ari tu mau tumbuh...;p

fzi said...

mmm...memang sedap Ijan...tak kira la guna kelapa tua ke janji dah jadi solok...ok je...akak pun ada sesekali guna kelapa tua, kebetulan simpan untuk buat kerisik.
thx Ijan

sweets said...

salam sy add blog ya!
sejak duk kelate minat masakan sini.
solok lada sedap...

fzi said...

Wsalam.
Timakasih sweet...
Memang sedap solok lada lebih2 lagi kalau makan dengan nasi kerabu kan...
Dah duduk kelate tu, InsyaAllah lama2 terer la masak masakan sana... ;D

MaMa MuNiRa said...

fiz,akak ni bukan org kelantan tapi masakan kelantan semua sapu.nanti ni tunjuk buat nasi kerabu yg ori dari kelante pulak ya.ni dah copy/paste tq boleh la buat bulan puasa ni

fzi said...

Ohh timakasih kak jengok blog Menu saya...

Sila lah copy n paste apa saja yang rasa ok... try le buat solok lada ni... InsyaAllah akak akan suka hasilnya nanti...hihi

Nanti saya post resipi nasi kerabu pas ni .... Thx kak..

Unknown said...

wow sedapnya... selalu beli kt penjual dari kelantan kt pasar malam.

fzi said...

...Ohh kalau beli solok lada tu, mesti beli dengan nasi kerabu nya sekali kan... :)
Timakasih Sharul...

ain said...

salam kak fzi....tq singgah blog saya. jenguk blog akak, best2 resipinya..saya add akak yer..!!!

fzi said...

Wsalam...
Timakasih sama buat ain yang sudi singgah Menu... resipi blog akak ni biasa2 je...yang senang2 buat je...hehe
TQ k ain...

cikgu said...

my febret solok lada nih..sedapnyer..baru minggu lepas ajar budak2 masa kelas masakan.diorg pun suka..

fzi said...

Woahh... best tu cikgu, tambah lagi kat sana senang dapat bekalan lada solok ori.

Macam kat sini, ada kawan akak jumpa kat pasar malam tapi yang siam punya, tak berapa elok katanya.

Kalau akak la yang jumpa, terus beli je tak kira le elok ke tidak asalkan yang namanya lada solok dahhh...hehehe

Mansor Adabi said...

Salam,
seronok tengok resepi2 Kelate kito nih,..rasa nok terkam jahh

fzi said...

Wsalam...
...timakasih che mansor singgah masuk Menu... resipi2 kelate ni InsyaAllah ori tapi mungkin ada lain sikit sebanyok denge okhe kelate lain...maklum lah kade lain daekhoh lain cara masaknya... :)

Mike Thomson said...

terima kasih atas resepi masakan ini. =)

fzi said...

Sama2 mirol... :)

Menu A - Z