Thursday

Roti Canai vs Roti Boom


Assalamualaikum...

Kali ini masih lagi dengan menu yang mengenyangkan buat seisi keluarga...
Roti Canai vs Roti Boom... :))

Sebut roti canai, teringat saya masa kecik2 dulu pagi2 ralik sangat *
kusyuk* tengok Mokcik Ndok tibar roti canai kat rumah dia, rasa mata tak berkelip-kelip.. :).

Mokcik Ndok
memang meniaga roti canai tapi hanya secara kecil-kecilan dan beroperasi kat rumah je. Tapi walaupun hanya kecil-kecilan, customer berjujuk *berderet* pagi2 duk tunggu giliran nak dapatkan roti canai Mokcik Ndok.

Bermula dari situ lah saya jadi berminat nak cuba buat sama, dah pasang angan2 masa tu...
"...satu hari nanti nak buatlah jugak..." hehehe...

Alhamdulillah masa tengah remaja, ada gak la buat sesekali. Tapi tak reti nak tibar punya pasal, saya
just guna dulang besi yang besar*yang muat banyak pinggan, siap untuk satu hidangan* untuk tarik roti jadi nipis... Dah terai menibar ala2 kedai mamak tu tapi masih fail, takpe slow2 bulih belajar lagi... mesti ada formula tu... hihi

Apa2 pun, mari kita tengok resepi...
:)


RESEPI ROTI CANAI

Bahan2nya:

  • Tepung 1kg
  • air masak yang dah sejuk 2 ¼ cawan
  • margerin planta 60g
  • gula 3 sudu besar
  • garam 1 sudu besar

Cara membuatnya:

  1. Margerin dicairkan terlebih dulu. Biarkan sejuk sebentar.
  2. Garam dan gula dibancuh dengan air masak.
  3. Campurkan kesemua bahan, uli sampai jadi doh. *air seeloknya jangan dimasukkan sekali gus, biar berperingkat takut terlebih air.
  4. Biarkan doh selama setengah jam sebelum sambung menguli dalam 15 minit lagi.
  5. Bulat2kan doh dan timbang seberat 60 g setiap satu.
  6. Salutkan doh yang dah dibulat2kan dengan margerin/minyak sapi dan biarkan dalam bekas tertutup selama semalaman.
  7. Pagi esoknya dah boleh buat roti canai.
**Tenkiu buat Shilah yang tolong mama part uli doh tu... lembut je doh roti canai kita, Shilah uli...thanx anakku :)


Jom tengok langkah demi langkah caner nak canai roti canai @ roti boom *saya guna tudung periuk besar buat tempat mencanai...huuuu*
  1. Leperkan doh, kalu nak tibar, bolehlah tibar...macam saya tibar lebih kurang je, pastu tarik2 adunan roti biar penuh satu tudung periuk
  2. Renjiskan sedikit minyak masak di atasnya.
  3. Angkat separuh darinya kemudian lepaskan biar jadi bertindan-tindan. Ulangi langkah pada belah yang separuh lagi.
  4. Pusingkan roti dalam gaya berpusar, bila hampir sampai ke penghujung pusingkan hujung yang satu lagi dalam arah yang bertentangan.
  5. Satukan hujung yang kecil ke dalam pusaran roti yang lebih besar.
  6. Setelah dileperkan roti boleh lah digoreng roti canai di atas ceper/pan dengan hanya menggunakan minyak yang sedikit. Goreng hanya dengan api yang kecil sehingga masak.
  7. Sedap dicicah dengan gulai ayam, kuah kacang dal dsb.
  8. Untuk tujuan frozen, gorengkan hanya separuh masak, tunggu sejuk baru dipackaging.

** ROTI BOOM

Kaedahnya sama dengan roti canai. Beza antara ke duanya hanya lah roti canai leper manakala roti boom tebal, struktur roti boom lagi lembut dan amat sesuai untuk kanak2. Makanya adunan yang dah siap dicanai untuk roti boom hanya perlu ditekan sedikit sahaja sebelum digoreng, tak payah dileperkan cam nak buat roti canai.


Sekian Wassalam.


Friday

Cek Mek

Assalamualaikum...

Baru nak citer kueh yang buat weekend lalu padahal esok dah nak jumpa weekend lagi... keatapi lambat... hehe

Buat Cek Mek.... tentu sume kenal kueh ni kan.... :))

Kueh ni kira cam makanan asasi bagi kami sejak dulu...
huhu.... Selalu buat, kiranya stok ubi Stelo @ keledek sentiasa ada je lah kat rumah. Tak kira lah ubi stelo kuning boleh, ubi stelo merah pun jadik. Senang nak buat nya. Main tinggal2 je, time rebus ubi boleh buat keje lain. Bila dah ubi empuk, keluarkan air dan biarkan ubi di dalam periuk untuk jangkamasa yang agak lama sikit, biar betul2 kering air ubi.... senang nak buat keje.

Saya lari2 sikit buat hari tu sebab kejar masa cik abang nak ke masjid Sri Petaling petang Sabtu tu ikut Hj MU, jiran kami. Kali ni dah 2nd time papa ikut Hj MU untuk bersama2 dengan jemaah Tabligh di Sri Petaling tu. Jadi cepat2 buat cek mek buat alas perut papa sebelum Hj MU datang jemput.

Jom tengok resepi, tapi maaf lah resepi cek mek saya takde ikut sukatan....huuu


RESEPI CEK MEK

Bahan2nya:
  • ubi keledek 5 ketul + sesudu besar garam buku *ubi dibasuh bersih, direbus dengan kulitnya sekali sampai empuk*
  • tepung
  • gula setengah mangkuk
Cara buatnya:
  1. Ubi yang dah siap empuk dikupas kulit lalu dilecek2 sampai lumat @ le'it *kata oghe kelate*.
  2. Ratakan ubi dalam mangkuk adunan, masukkan tepung sebanyak 1/4 dari banyak mana ubi.... agak2 je... Satukan tepung dan ubi biar jadi doh yang tak berapa melekat di jari. Jika masih melekat2 di jari boleh tambah sikit lagi tepung tapi AWAS jangan terlebih...sebab cek mek memang kurang umphh kalu banyak pakai tepung. Macam saya, saya prefer buh sikit je tepung walaupun doh masih terlekat2 dekat jari. Dengan bantuan tepung yang boleh kita lumurkan kat jari masa membentuk cek mek, masalah tu mudah settle.... :)
  3. Bila dah jadi doh, ambil secubit adunan sebesar bola pimpong, leperkan dan letakkan sesudu teh gula di tengah2nya.
  4. Tutup balik dan bentukkan cek mek sebagaimana cek mek...
  5. Goreng dalam minyak yang penuh, dengan menggunakan api yang sederhana.
  6. Sedia untuk dihidangkan, tapi AWAS kena hati2 dengan air gula yang ada dalam cek mek... panas tu... :)
Sekian, Wassalam.


Kek Black Forest




Salam.... Masih lagi dengan citer black forest... :))

Lepas lunch tadi, teruskan projek kedua 'membaking.' Weekend kali ini, kakak balik...abang pun balik... jadi kena stand-by lebih2 sikit benda makan... :)

Buat kek black forest lagi..... Alhamdulillah lepas dah siap bakar kek span, dah siap putar fresh cream dan siap buat inti dari ceri hitam tu, saya dah boleh lepas tangan. Bahagian mendeco boleh serah dekat kakak dan Shilah... jadi apa lagi.... dua2 pakat make-up kan kek dengan kreativiti masing2... tapi aksesorinya terhad jadi persembahan pun tidak lah berapa ceria... hehe... ceri takde, choc rice habih, jadi make-up pun ala kadar je la... kira ambik syarat je...


Walau apapun.... kek tu tetap cantik pada pandangan mama, rasanya pulak tetap first class.... tenkiu anak2ku..
.. :)

RESEPI KEK BLACK FOREST

Bahan2nya:

Kek Span (A)

  • 4 biji telur(kalau telor saiz C, 5 biji)
  • 115 gm gula
  • 80gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 20 gm cocoa powder
  • sedikit choc emulco *untuk pekatkan sikit kaler*
  • suku cawan minyak jagung

Krim segar/Whipping Cream (B)

  • Whipping cream dalam kotak(brand RICH kotak biru)

Inti ceri hitam (C)
  • 1 tin ceri hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

hiasan.. (D)
  • buah ceri/strawberry/kiwi *jika ada*
  • coklat rice/hirisan cooking coklat


Cara membuat
:
Mula2....
Panaskan oven.

[A]

  1. Pukul telur dan gula sehingga gebu dan ringan.
  2. Masukkan ovelette, putar lagi sampai kembang sebelum masukkan tepung dan cocoa powder serta choc emulco, kaup balikkan kesemuanya. Akhir sekali masukkan minyak jagung, kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan dalam loyang dan bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 25 - 30 minit.

Cara untuk buat Cream: [B]

  1. Pukulkan fresh cream sehingga gebu dan ringan*bila diterbalikkan ..tak jatuh*

Cara untuk buat inti ceri hitam:

  1. Panaskan ceri hitam bersama2 dengan jusnya.
  2. Tambahkan air jika perlu.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Masak sehingga likat dan berupa seakan jem.

Cara menghias kek
:
  1. Potong kek biar jadi tiga lapis.
  2. Sapukan sedikit cream ni pada bahagian yg telah dipotong sebagai lapisan tengah.
  3. Lapiskan dengan inti ceri hitam.
  4. Ulangi proses bagi lapisan berikutnya.
  5. Sapukan lebihan cream disekeliling kek dan juga di atas kek.
  6. Susunkan potongan bahan hiasan mengikut kreativiti sendiri.

Sekian, Wassalam.

**************************




Black Forest Muffin



Assalamualaikum....

Malam tadi selamat buat black forest muffin sempena befday anaknda no.3 .... Iman Asilah. Anak dara tu sekarang dah umur 15 tahun, alhamdulillah.

Agak sibuk di siang hari, tak sempat nak buat apa2 untuk rai'kan befday Shilah, saya hanya singgah beli Carrot cake kat SR... beli dua potong je untuk RM10. Time tu teringat ada bahan lebih-kurang kat rumah, jadi dah plan malam nanti sempat kot buat muffin pulak.

Ini lah rupa muffin black forest saya tu. Resepi asal guna blueberri, tapi saya guna black forest yang ada stok dalam freezer..black forest yang baki buat kek black forest hari tu. Jadi pandai2 le pulak oter2 resepi tu, siap tukar buttermilk kepada yogurt lagi...hehe
Alhamdulillah menjadik dan sukacita... bila cik abang nampak suka, habis makan 5 cup muffin malam tadi.... :)


Saya suka intai resepi kek dan muffin dekat SINI.....


Resepi tuan punya muffin yang siap2 saya oter.... :)
RESEPI MUFFIN BLACK FOREST
Bahan2nya:
  • 3 cawan tepung serbaguna *ditapis*
  • 1 sudu besar baking powder *ditapis*
  • setengah sudu kecil baking soda *ditapis*
  • setengah sudu kecil garam
  • 1/3 cawan butter
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telor saiz double A
  • 1 scop vanilla
  • beberapa titik esen strawberi
  • 2 bekas yogurt 135g setiap satu
  • 1 cawan ceri hitam dalam tin *tidak ditapis, masukkan sekali dengan jusnya*
Cara:
  1. Panaskan loyang muffin/loyang besar untuk cup kertas dalam kepanasan oven 180 degree.
  2. Pukul butter dan gula diikuti dengan telor satu persatu kemudian diikuti dengan minyak jagung serta vanilla.
  3. Selang selikan pula yogurt dan tepung. Sebatikan hanya dengan kacau adunan dalam bentuk nombor lapan *ilmu yang dapat dari zaman sekolah dalam subject Sains Rumah Tangga... :)*
  4. Last sekali campurkan black forest dan beberapa titik esen strawberi, kacau sebati.
  5. Pindahkan adunan dari mangkuk adunan masuk ke dalam satu jug plastik.
  6. Tuangkan adunan dalam cup muffin hingga ke paras tiga suku cup. *saya tertuang separuh cup je, itu yang tak nampak berapa gemuk muffin nya...hehe*
  7. Titikkan esen strawberi, lorek2kan sikit sekadar hiasan.
  8. Dah... boleh bakar... cup saya kecik, 15 minit dah ngam2 masak...alhamdulillah.