BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Menu Kuzi Ayam Sajian Zaman Silam



Alhamdulillah hari ini buat Kuzi Ayam. Teringat² nak makan Kuzi, terkenang ianya menu kesukaan arwah Mok(ibu) dan Ngoh(ibu saudara).

Mari kita tengok macamana nak buat Kuzi Ayam yang best ini...siriyes terpaling♡

Kesemua bahannya:


Ayam Bismi kecil potong 12
Hati dan hempedal ayam
Rempah Kuzi 2 sudu kecil umbu
Bawang merah kecil 20 ulas(7 - 8 biji bawang merah besar)
Bawang holland 1 biji
Bawang puteh 3 ulas
Saffron(kita panggil zat paghe🤭)
Sos tomato Del Monte ½ botol
Susu cair 1 tin (saya hanya pakai ¾tin)
Garam
Gula
Minyak sapi 1sudu tambah dalam minyak untuk menumis.
Kacang badam
Kacang gajus
Kismis


Okay... kita tengok step by step cara membuatnya:

▪︎Bersihkan ayam bersekali dengan hati dan hempedal.. Tumbuk bawang putih lalu perap pada ayam bersama garam dan sedikit saffron. Ketepikan. Asingkan hati dan hempedal, hiris dadu dan rebus sebentar untuk keringkan airnya.



▪︎Mayang bawang merah dan hiris dadu bawang holland. 




▪︎Panaskan minyak, mula² goreng bawang merah, angkat. 




▪︎Di-ikuti dengan bawang besar holland, kacang gajus, dan kacang badam(saya skip goreng kacang badam sebab beli yang dah siap goreng). 



▪︎Kemudian sambung goreng hati dan hempedal, di-ikuti dengan ayam. Goreng ayam sehingga masak tapi tidaklah sampai garing, separa garing sahaja, angkat dan toskan. 



▪︎Sementara tunggu kesemua ayam masak, boleh lah tumbuk bawang merah yang dah siap digoreng sebelum ini.




▪︎Bila dah selesai goreng ayam, keluarkan sedikit minyak biar tinggal dalam ½ cawan sahaja minyak di dalam kuali. Campurkan 1 sudu  besar minyak sapi. 


▪︎Mulakan dengan menumis rempah kuzi yang dah dicampur sedikit air(jadi pes). Bila dah hilang bau rempah masukkan bawang merah goreng yang dah ditumbuk. Goreng seketika kemudian masukkan sedikit air agar tumisan tak hangit. 




▪︎Kemudian, boleh masukkan ayam, susu cair, sos tomato, hati dan hempedal, kacang gajus, kacang badam dan bawang holland .




▪︎Tambah masukkan air panas untuk dapatkan kelikatan yang di-ingini. Perisakan dengan gula dan sedikit garam. Biarkan mereneh dengan api kecil sebelum tutup api. Paling penting, Kuzi harus rasa manis🫠🪻🪻🪻




.......................

Alhamdulillah syukur ya Allah. 
Resepi ikut cara arwah Ngoh buat sambil² combine  dengan cara arwah Mok buat.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Mok(Hjh Habsah bt Ismail) dan Ngoh(Hjh Rogayah bt Ismail), moga ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh...aamiinn🤲

**credit to my anak saudara Faye yang triggered Suti untuk buat Kuzi Nenek. Resepi arwah mok copy dari Faye, resepi arwah Ngoh saya tulis sendiri berguru direct dengan Ngoh. Al Fatihah....



1 comments:

Anonymous said...

Bak kata KA meme jjadi. Sedap makanan tradisi istana ni. Pekena dgn roti jala. Memang ngam.

Menu A - Z