BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday

Nise Kapong dan Bubur Jagung



Alhamdulillah dapat bekalan Nise Kapong aka Manisan Kampung baru-baru ini. Nise Kapong tu sebutan dalam pelat kelate. Ianya manisan buatan orang kampung dalam bentuk kerek(digelungkan). Tu sebab ada juga yang memanggil nise ni dengan nama Gula Kerek. Lebihkurang sama dengan Nise Siam(nise dari Thailand) tapi nise siam dibentuk dalam kerek yang lebih kecil(boleh tengok di SINI).

Dah lama stok nise kehabisan. Boleh je kalu saya nak beli Gula Melaka yang 'ketul-ketul' tu kat sini, tapi sebab tunggu nise kapong dari kelate, tu yang sanggup tak makan pengat walau hati duk teringat-ingat nak makan pengat.. hehe. Jadi bila kakak yang duk kelate bawak nise yang saya pesan hari tu, sukanya hati sebab dapat nise yang ori kali ni, nise kapong yang extra besar dan tebal.


Dapat nise terus buat Bubur Jagung yang mabeles... alhamdulillah... :)



2 comments:

muna b said...

Sedapnya bubur jagung.Kalau sye,sye suka jagung campur sagu biji,tapi sagunya sedikit sahaja.Lebihkan jagung.Aduh!sedapnya.Bolehlah buat ahad ni sebab anak2 ade kat rumah.Esok cuti Taipusam.cadang pagi nak buat sarapan mee kari dengan kuih cek mek molek.

fzi said...

Mona..
Ohh sedap tu tambah boh sagu dalam bubur jagung.. :)
Waa sebut mee kari, dah lama tak makan Mee Kari Kak Kiah.. nanti pegi sana kita singgah PA.. :)

Menu A - Z