BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday

Lepat Pisang


Lepat pisang memang boleh di anggap kueh segera.... mudah dan cepat.... kerja nak buatnya lebih sikit je dari nak buat cekodok pisang...hehehe

Lepat pisang lebih kurang sama kepekatan adunannya macam nak buat cekodok.... kalu nak lebih lembut, lembikkan sedikit je lagi dari adunan cekodok. Untuk lebih sedap elok jika dibubuh kelapa parut yang dicampur sedikit garam di tengah-tengahnya. Mula2 bubuh lapisan adunan pisang kemudian sudukan sesudu kelapa parut ditengah.


Dah siap bungkus semua lepat pisang tu, bolehlah mula mengukus... sekejap je masaknya, dalam 15 minit dah boleh diangkat :)

Jom melepat pisang! :D
 

Update resepi yang agak accurate sukatan(campur nise) :


  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek(9 biji pisang emas) 
  • 2 sudu besar gula pasir kasar
  • 1/3 keping nise(tak sampai separuh) - diricih halus
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan kelapa parut + 1/4 sudu kecil garam

Cara membuatnya:

Panaskan periuk pengukus.

Ricih halus nise/gula melaka.

Satukan pisang yang dilecek dengan gula, nise, tepung gandum dan tepung beras.

Tambahkan garam ke dalam kelapa parut.

Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api.

Potong daun pisang segiempat tepat, biar sama besar semua.

Sudukan dalam 2 sudu adunan pisang. Letak kelapa yang sudah dicampurkan garam di atasnya.


Lipat daun pisang dan kukus kueh dalam anggaran 15 minit.


Alhamdulillah. 



4 comments:

sot said...

Lepat pisang, hmmm...dbuat dgn pisang mak ranum yg kulitnya dah naik hitam. Rich & good food.

fzi said...

Haha...papa...nak perabihkan pisang emas kita tuh... kalau tak guna yang duk dalam peti tu, alamatnya kena buang...kan membazir pulak :)

ain said...

hubby sy suka lepat pisang, tp oleh kerana sy pulak tak berapa jalan, maka x pernah le nak membuat..main beli aje.hihihi

fzi said...

Baik buat je ain... untung sesangat berbanding beli... kos nya murah tapi banyak dapat...puas anak2 makan... hehe

Menu A - Z