BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday

Resepi Kek Butter Sukat Cawan

Alhamdulillah...


Teringat2 nak makan Butter Cake. Makanya buat juga walau pun time tu dah lewat petang. Sukat bahan pun pakai cawan je kali ni, tak timbang gram2 bagai.

Alhamdulillah kejadian kek sangat lembut, gebu dan tak kering. Sama je kegebuannya dengan kek yang bahan2nya saya timbang dengan alat penimbang digital. Alhamdulillah, sukatan cawan ini menyenangkan kita lebih2 lagi bila kita tiba2 rasa nak buat kek semasa bermusafir di mana2. Asal kan ada telor, gula, butter, esen vanilla, susu segar, baking powder dan tepung gandum, DONE...dah boleh terhasil Kek Butter InshaaAllah.




Okay jom kita tengok resepi Kek Butter yang super soft ini.

RESEPI KEK BUTTER SUKAT CAWAN

Bahan2nya:

  • 1 cawan buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 5 biji telor gred B
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 2  1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 cawan fresh milk(susu kotak Dutch Lady)
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara membuatnya:

  1. Asingkan telor putih dan telor kuning. 
  2. Putar telor putih bersama 1/4 cawan gula. Putar hingga adunan kental dan tak jatuh bila di angkat alat pemutar. Okay asingkan sebentar.
  3. Putar pula buttercup dan gula selebihnya (yang sebanyak 3/4 cawan lagi tu) hingga kembang. 
  4. Kemudian masukkan telor kuning satu persatu. Putar hingga ringan dan gebu.
  5. Mula panaskan oven 160'C beserta loyang kek yang dah disapu butter.
  6. Setelah itu dah boleh campurkan adunan telor putih ke dalam adunan butter. Time ni dah boleh kacau hanya dengan senduk kayu. 
  7. Tambahkan tepung dan baking powder diselangselikan dengan susu dan vanilla. Kacau serata dengan senduk kayu sahaja.
  8. Alas dasar loyang kek dengan kertas.
  9. Tuangkan/sendukkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 40 minit atau sehingga masak(bergantung pada kepanasan oven masing2).

Alhamdulillah selesai.

Sekian wassalam.

#dudukrumah
#patuhpkp
#putuskanraitaiancovid19
#stayhome
#staysafe








0 comments:

Menu A - Z