BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday

Nasi Tomato

 Assalamualaikum




Alhamdulillah hari ni pagi² lagi teringat nak buat Nasi Tomato. Beras basmathi yang lebih buat time open house hari tu ada lagi, tapi tu lah tinggal pun tak sampai 2pot. Okay la tu.. takpe la sikit..boleh la buat ghaso ghaso orang kata😁


Maka bergulai ayam lah sekali untuk buat makan dengan nasi tomato tu.  Alhamdulillah 10.30pagi dah selesai masak nasi dan bergulai...hu hu.. angin rajin bukan selalu datang..jarang jarang😆😁



RESEPI NASI TOMATO

(khusus buat rujukan anak menantu)


Bahan²:

  • 2 pot beras basmathi
  • 2 pot air
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar susu pekat
  • rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  • bawang puteh 2 ulas - cincang
  • bawang merah 3 ulas -mayang
  • halia ½ inci - mayang nipis /cincang
  • garam 
  • gula
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • kismis sebagai hiasan
  • Kacang gajus


Caranya:

Basuh beras kemudian rendam seketika sementara menumis rempah untuk nasi.

Tumis rempah 4 sekawan dan bahan yang dimayang sampai kekuningan.

Masukkan air ke dalam kuali.

Bila mendidih air masukkan susu pekat, garam, sos tomato dan daun pandan.

Tuangkan ke dalam periuk nasi  di paras sukatan air untuk 2 pot beras. 

Tudung periuk, ON kan rice cooker, biarkan masak.

Bila nasi dah hampir masak, bolehlah taburkan kismis dan kacang gajus. Tutup balik periuk, biar sehingga masak.

*** saya pakai beras basmathi Jasmin(Pusa Cream). Alhamdulillah sesuai sukatan beras dengan kuantiti air. 

Makan Nasi Tomato dengan gulai ayam dan acar mentah. 


ACAR MENTAH

*Timun batang

*Kobis

*Nenas (jika ada)

*Lada merah

*Cuka

*Garam

*Gula


Cara: sayur dihiris halus atau ikut kreativiti sendiri. Gaulkan dengan sedikit cuka, garam dan gula. Sila lebihkan sikit gula, acar kena manis² gitu🤗


Sekian wasSalam.


Menu A - Z