Monday

Asam Pedas Ayam


Semalam bz bukan main kat dapur. Mulanya dapat tau ada kenalan dari Penang je nak datang. Tup-tup tengah masak tu teman baik kami suami-isteri dari Rawang pula datang ziarah. Plan A dah tukar ke Plan B.... nasib baik nasi belum letak lagi, so bolehlah tambah lagi 2 pot beras dalam rice-cooker untuk juadah makan tengahari.


Menu untuk tetamu semalam berupa nasi kerabu kuning dicombinekan dengan lauk kerabu kacang panjang, ikan celup tepung dan telor masin. Hajat tu nak buat solok lada, tak sempat.... maklumlah bab2 masak ni tak berapa cergas sangat, kurang tangkas gitu.... hehe


Kueh pembasuh mulut tiada lain hanyalah kek coklat dan BeKe.... alhamdulillah laris dan semua suka.... :)


Dalam layan2 tetamu tu sempat lah saya curi masa lari kejap2 ke dapur masak untuk bekalan anak bujang yang nak balik ke kolejnya di PJ. Alhamdulillah dapat lah abang bawak bekal nasi, AsamPedas Ayam, Sambal Kacang Ikan Bilis, Tempoyak dan air sirap *harap2 sirap tu cukup untuk stok seminggu*


Syukurlah.... meriah rumah kami semalam, alhamdulillah Malaikat Rahmat pun tentunya turut hadir dengan hadirnya tetamu2 semalam....




MASAK PEDAS AYAM
  • ayam di potong dalam keratan kecil
  • *cili kering
  • *bawang besar merah
  • *bawang putih barang seulas
  • *sedikit halia
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • serai 2 batang
  • bunga kantan sekuntum
  • daun kesum
cara membuatnya:
  1. Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian ditumis garing.
  2. Selepas itu masukkan ayam. Masak sampai ayam kecut dan sebati dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan belacan dan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
  4. Tambah air masak untuk lebihkan kuahnya. Biarkan lagi di atas dapur dengan menggunakan api yang kecil.
  5. Bila dekat nak tutup api baru dimasukkan daun kesum yang... ouhh...membangkitkan aroma.... mmmmm...

10 comments:

  1. kalau ada tetamu dtg...mesti kita akan klm kabut kan kak. terkejar sana sini nak sediakan menu. penat pun ye gak. tp bila semuanya berjln lancar...seronok rasanya. letih dan penat semuanya berbaloi.

    ReplyDelete
  2. Betul tu ain... tapi semalam akak rasa extra berkejaran sebab dalam masa yang sama nak siapkan bekal anaknda nak balik hostel...hehe
    Thx ain

    ReplyDelete
  3. Kesian mama penat. Tapi insyaAllah rasa puas hati kerana majlis berjalan lancar. Anakanda pun dapat bawak bekalan yang cukup. Cuma tetamu dari penang ni tak berapa gheti cara makan nasi kerabu dan ulama2an nya. Bila nak di ajar, katanya takpa lah kami makan cara penang...he he. Belasah la beb. Tapi saya tengok tiga kali tambah ooo. Kawan kami si Bakar (from Teluk Intan) ni pulak pi gaul terus kerabu kacang panjang tu dengan nasi, adus. Anyway TQ my dear.

    ReplyDelete
  4. hahaha... tu la pasal pa.. ingat they all biasa dan tau cara makan nasi kerabu tuh... hehe
    ..niway, thx for the compliment pa.. :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous04:06

    Makan nasik kerabu cara penang tu cemane plak kak Fzi? hehehe... cara hentam kromo je ke? hehehe

    ReplyDelete
  6. hehe.. cam tu lah bih kurang Ijan...
    Hsbd kata nx time akak kena brief dulu cara-cara nak makan nasi kerabu ni sebelum sume mula makan.. hah hah

    ReplyDelete
  7. akak asam pedas tu kegemaran saya...tak kira ikan ke atau ayam ke..
    waa sedap menu2 utk tetamu tu...

    ReplyDelete
  8. tu la suzi.. akak lepas tengok suzi buat asam pedas hari tu baru teringat nak buat, dah lama tak makan... akak pun suka sebab rasanya tak muak, asyik rasa nak tambah je nasik...hehe

    Menu untuk tetamu tu simple je tapi alhamdulillah nampak diaorang suka masakan kelantan..
    Thx suzi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan rumah kita datang nak tumpang makan ..sedap yang amat bau dari dapur fzi..tergoda..

    ReplyDelete
  10. Wsalam...
    haha... jemput, jemput... kalau dekat2 boleh datin mai minum petang.. hehe
    Mekasih k datin datang singgah..

    ReplyDelete