Saturday

Gulai Nasi Berlauk (Versi 2)


Salam di hari minggu....

Pagi ini kami sekeluarga breakfast Nasi Berlauk.... Gulai ikan nya yang buat dinner malam tadi. Sengaja saya buat lebih jadi pagi ni boleh le tanak nasik dan sume pakat2 bersarapan Nasi Berlauk.... alhamdulillah kenyang suami dan anak2ku pagi ni... :)

Ditambah nama Versi 2 tu sebab gulai kali ini bukan macam gulai nasik berlauk yang pernah di
postkan N3 nya sebelum ini. Kali ini buat stail Tenganu, masuk rempah kari sikit. Gulai ini lah yang sering saya buat untuk digandingkan dengan Nasi Dagang saing dengan lauk2 lain. Kalau ada option, anak2 memang lebih sukakan versi gulai yang ni berbanding versi pertama *sila klik di SINI untuk resepi gulai ikan tongkol stail kelate*. Bagi saya pula, mana2 pun ok jeh... bulih belako... :)

Jom kita tengok resepi....


RESEPI GULAI NASI BERLAUK VERSI 2


Bahan2nya:
1. Ikan Rebus
  • ikan tongkol sederhana besar dipotong sederhana tebal
  • lengkuas
  • asam keping 4
  • garam buku secekak
  • sedikit manisan
Cara:
Semua bahan direbus dengan sedikit air. Rebus dalam periuk bertutup. Tutup api bila air rebusan hampir kering. Elok dibiarkan semalaman sebelum dibuat gulai.


2. Gulai Ikan Tongkol
  • ikan rebus
  • santan RM1 @ tiga suku cawan dicampur dengan air masak sesuai dengan kuantiti ikan
  • lengkuas 2@3 hiris **
  • halia muda 2 inci **
  • bawang merah besar 1 labu **
  • bawang puteh 1 ulas **
  • sedikit kunyit hidup **
  • cili kering 2 tangkai **
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • timun/kacang panjang/cili hijau
Cara:
  1. Renihkan santan sambil dikacau sekali sekala.
  2. Semua yang bertanda ** dimesin kemudian dicampur dengan rempah kari...jadikan pes.
  3. Tumis bahan tersebut hingga hilang bau kari dan rempah dah sebati dengan minyak.
  4. Bila tumisan dah masak cantik tuangkan ke dalam periuk santan.
  5. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil. 
  6. Masukkan asam keping.
  7. Kemudian diikuti dengan hirisan timun/kacang panjang/cili hijau.
  8. Bila sayur dah hampir layu baru masukkan ikan rebus dan air rebusan ikan.
  9. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Sambal Lada

  • cili kering 5 tangkai *basuh, potong, rendam dalam air sekejap lalu dimesin*
  • cuka *boleh ganti dengan asam limau nipis/kasturi*
  • garam
  • sedikit gula
Cara:
Cili kering dimasak tanpa minyak. Bila dah agak kering sedikit ditambah cuka, garam dan gula secukup rasa.

Sekian Wassalam.


Friday

Kerutup Udang


Assalamualaikum...

Sekejap je hari tu semangat nak boikot makanan berlemak, berminyak dan berkolestrol.... sekarang ni alahai dengan berat hati terpaksa sambung balik.... huuuu... hati tu tak berapa kuat untuk tahan dari tak makan gulai, kari dan kengkawan yang seangkatan dengannya... :)

Maka terhasillah Kerutup Udang untuk lauk dinner kami malam tadi.... sementelah ada udang yang saiz besar sikit *terbesar sikit je..* yang beli weekend lalu, itu yang terlintas nak buat Kerutup Udang... Alhamdulillah saya just masak dua lauk je semalam Kerutup Udang saing dengan ikan goreng.... nak buat sayur untuk sempurnakan menu, intai2, belek2 dalam peti semua dah pinish... huuuu

Resepi Kerutup Udang lebih-kurang sama dengan Kerutup Daging...
Jemput tengok di SINI.....
Sekian, selamat berhujung minggu buat semua...Wassalam... :))


Thursday

Karipap


Assalamualaikum....

Alhamdulillah petang semalam selamat buat karipap untuk 1kg tepong. Khusus sampaikan hajat E-na yang tanya resepi karipap tempohari....juga sampaikan hasrat Mona dan Muna di Kuala Kubu yang juga tanya pasal karipap minggu lepas.... :)

Kali ni bukan buat untuk fzfrozen food saya *sila klik di SINI*, ni buat untuk makan sendiri je. Jadi kalu selama ini saya buat pakai daging untuk intinya, kali ini buat inti ayam ganti daging. Alhamdulillah, boleh tahan sedap, makan sebijik, kenyang....hihi


Jemput tengok resepi KARIPAP
*bahan untuk 1/2 kg tepong sahaja*


Bahan inti karipap:
  • sekeping besar isi dada ayam
  • kentang 5 biji
  • bawang merah besar 2 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • lada kering 4 - 5 tangkai
  • rempah kari/kurma 3 sudu besar
  • garam
  • gula
Persediaan:
  1. isi ayam dicincang/mesin kering dalam pengisar makanan(fp)
  2. kentang di potong dadu/slice dalam fp
  3. bawang merah besar di potong dadu/slice dalam fp
  4. bawang puteh dan halia di cincang halus.
  5. cili kering direndam, basuh bersih dan dimesin
  6. rempah kari/kurma dicampurkan air masak, jadikan pes
Cara:
  1. Tumis bawang puteh, halia dan sedikit bawang merah besar yang dipotong dadu.
  2. Masukkan rempah kari. Masak sampai rempah sebati dengan minyak.
  3. Masukkan isi ayam, masak lama sebelum dimasukkan kentang. Tambahkan air masak untuk empukkan kentang.
  4. Bila kentang dah empuk baru masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  5. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sampai inti karipap betul2 'seghing' @ kering baru tutup api. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Kulit Karipap

Bahan2nya:
  • Tepung setengah kg
  • margerin planta tiga suku cawan
  • air dalam peti ais dicampur garam
Cara:
  1. Satukan tepung dengan planta. Jadikan berterabur macam serbuk roti baru dimasukkan sedikit demi sedikit air untuk jadikan doh. Elakkan terlampau menguli sebab akan keras kan doh, liat jadi karipap kita nanti... jadi hanya uli gitu2 je, bukan macam uli pau/donat....
  2. Rehatkan doh sebentar sebelum dibulat2kan seberat 23gm setiap satu. Letakkan doh yang dah dibulat2kan dalam bekas tertutup supaya tak masuk angin. Kalu bekasnya terdedah, doh akan kering... masa nak kelim karipap dohnya kering dan kelim jadi tak cantik...huhu
  3. Langkah selanjutnya, canai doh yang dah siap2 bulat tadi, letakkan inti, tutupkan inti kemudian kelimkan tepi2nya....
  4. Dah siap.... alhamdulillah....

Sekian... wassalam...


Monday

Cerita Taugeh

Assalamualaikum....

Teruja untuk berkongsi info pasal taugeh yang dapat dari buku "
Herba...Sumber Perubatan Tradisional" yang pinjam dari library minggu lepas. Sebelum ini memang dah banyak dapat info positif pasal taugeh ni, tapi kali ini dapat informasi yang lebih jelas lagi, santai dan tidak terlalu saintifik *mudah untuk saya faham..heheh*.... so lagi bersemangat le saya nak makan taugeh hari2...hehehe

Kajian telah menunjukkan bahawa taugeh mengandungi zat2 makanan secukupnya yang bertindak menyerikan wajah, memberi tenaga serta menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda....
Wow!

Ia mengandungi enzim yang penting untuk hadamkan makanan, menggerakkan otot, suburkan badan, lancarkan fungsi2 tubuh badan dan lambatkan proses penuaan.... sukanya!

Terdapat 6 sebab mengapa taugeh sesuai dimakan setiap hari:
  • Taugeh mengandungi zat2 makanan untuk bantu lawan tekanan, hindarkan penyakit jantung, kuatkan sistem pelalian, lancarkan fungsi pencernaan makanan dan mampu sembuhkan luka. Ia ada vitamin A, B,C, G dan K. Daging dan hati pun ada vitamin K tapi kalau kita tak suka daging, taugeh boleh jadi pengganti yang tepat. Ia juga sumber vitamin C yang murah...mampu beli oleh semua lapisan masyarakat berbanding sayur dan buah2 yang lebih mahal. Ia juga kaya dengan protein. Kandungan proteinnya 5x lebih tinggi dari yang terdapat pada sebiji epal... Wow!
  • Taugeh jauh lebih berkhasiat dari kekacang yang digunakan untuk menyemainya. Zat2 makanan yang terdapat pada taugeh bernilai lebih tinggi dari yang terdapat pada kekacang itu sendiri.
  • Taugeh mudah dihadam dan sesuai dimakan mentah oleh mereka yang mengalami masalah penghadaman. Elok dimakan mentah kerana kandungan vitamin C yang terdapat pada taugeh mentah 2x lebih tinggi dari yang terdapat pada taugeh yang dimasak. Jika dimasak, lebihkurang 83% kandungan enzimnya hilang atau menjadi tidak berguna lagi...huhuuu
  • Taugeh bebas dari racun serangga atau bahan pengawet yang biasa digunakan dalam penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang diusahakan secara besar-besaran.
  • Taugeh tak perlukan masa yang lama untuk memasaknya. Ia juga tak perlukan pencucian yang serius, tak payah dipotong atau dikupas.
  • Taugeh menjimatkan. 1kg kacang jika disemai boleh hasilkan kira2 6kg taugeh... jadi memang paling sesuai dimakan lebih2 lagi di saat2 kegawatan ekonomi... :))
Wassallam.