Saturday

Kerutup Daging

Salam Maulidurrasul....

Alhamdulillah sempena Maulidurrasul yang jatuh pada 12 Rabiul Awal 1431 semalam, diharapkan agar kita sama2 dapat memperbanyakkan lagi berselawat ke atas Nabi SAW. Jom pakat2 kita usaha untuk lebih mengenal dan mencintai Rasulallah SAW dengan luangkan lebih banyak masa kita membaca Sirah Nabi melalui kitab-kitab yang banyak terdapat di pasaran. Begitu juga dengan azam kita dalam mempelajari hadis2 Rasulallah SAW... moga dapat baca sampai khatam Kitab Riyadhus Shalihin yang ada di samping perlunya berguru untuk dapatkan lebih kefahaman.... InsyaAllah...


Kali ini nak cerita pasal menu Kerutup Daging yang memang fames nun di Kelantan sana. Kalu naik atas pasar besar Siti Khadijah atau juga saya panggil pasar hijau kat tengah2 bandar Kota Bharu tu, memang banyak sangat pilihan juadah kerutup ni. Di samping kerutup daging ramai juga yang buat kerutup udang.....tapi kalu nak buat kerutup udang, elok kalu dapat buat pakai udang yang saiz besar... InsyaAllah memang sedap lagi menyelerakan... hehe

Jom kita tengok resepinya... mungkin ada yang ingin tukar2 selera. Apa kata cuba try test tengok Kerutup Daging ni pula..... lauk faveret tuh di Kelate.... :))


Resipi Kerutup Daging
bahan2nya:
  • setengah kilo daging filet/ros *dipotong tebal2*
  • bawang merah besar 2 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • serai 2 - 3 batang
  • lada kering 3 - 4 tangkai 
  • sedikit udang kering
  • Rempah kerutup 3 sudu besar
  • pati santan tiga suku cawan
  • kerisik
  • asam keping
  • garam
  • manisan

Cara2nya:
  1. Bawang merah, bawang puteh, halia, lengkuas, lada kering, udang kering ditumbuk lumat kemudian ditumis.
  2. Biarkan masak tumisan sebelum dimasukkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air terlebih dulu.
  3. Masak lagi sampai tumisan masak elok dan naik minyak.
  4. Kemudian masukkan daging. Biarkan empuk baru dimasukkan serai dan asam keping.
  5. Tambahkan santan dan sedikit air masak.
  6. Masak menggunakkan api dapur yang kecil - sederhana.
  7. Perasakan dengan garam dan manisan.
  8. Dekat2 nak angkat baru dimasukkan kerisik.

Sekian, selamat mencuba.... :)


Wednesday

Pisang Rebus

Ohh masih lagi cerita pisang.... tak berenti rangkaian menu pisang sejak minggu lepas. Bukan apa sejak2 saya jumpa satu gerai yang jual pisang Abu yang manisss sangat rasa , terus tak berenti beli pisang.... suka sebab pisang tu rasa amat sihat dan bermutu.... hehe

'Manis leting' orang kelantan kata. Itulah yang boleh digambarkan betapa manisnya pisang Abu yang juga dipanggil Pise Kebatu oleh orang kelantan...... :)
Saya masih tetap dengan teori lama, kalu dah manis camtu for sure pisang tu ditanam di tempat yang betul2 panas. Kalu tanam tempat redup, pisangnya gerenti rasa masam2 sikit, tidak pun tawar je....

Rite, jom tengok pisang yang rebus hari tu. Bentuk pisangnya leper sedikit tapi bersaiz sederhana. Isinya pula kuning keemasan gitu.... bila direbus... ouhh best sangat rasa..... habis 4 biji seorang time minum petang Ahad lalu .... :))


*** Khusus buat anak2ku, cara nak buat Pisang Rebus:
Pisang + air paras2 cover pisang + sedikit garam buku direbus hingga masak.


Monday

Pisang Goreng Tabur Gula


Menu kueh yang satu ini betul2 sempoi... tapi dalam sempoi2 pon sempat buat 3 kali dalam dua hari weekend sebab ada permintaan ulangan dari kalangan penduduk...hehe

Tak tau apa sebenarnya nama bagi pisang yang digoreng versi kosong ni, goreng tanpa tepung dalam planta atau minyak yang sedikit. Masa nak hidang, taburkan sedikit gula bagi sempurnakan rasa. Rasa masin2 planta dah ada, so kombain pulak lah dengan rasa manisnya gula... :)


Menu ini popular di zaman saya kecik2 dulu.... boleh buat tak kira masa samada untuk side-kick breakfast *wat saing ngan bihun goreng*, minum petang atau pun untuk supper kul 10 @ 11 malam.... :) Pekena pulak dengan kopi 3 in one tu satu mug sorang....fuhhh.....itu yang tengok2 sekejap je dua sikat pisang Abu hilang dari pandangan.....hehe


Thursday

Kueh Lapis Pandan

Semalam siap seloyang kueh lapis. Cam biasa saya suka kueh yang ada rasa dan bau pandan. Jadi buat lah Kueh Lapis Pandan yang tak masuk perisa Rose. Suka anak2 bila tengok dah ada kueh untuk minum petang padahal masa tu tak masuk time makan tengahari pun lagi. Kul 11.00 lebih saya dah mula duk melapis kueh dalam kukusan. Buat awal sikit sebab timing bila nak potong petang nanti, kueh dah pejal elok.

Tapi nak jadi cerita....alahai terpucat la pulak kaler.... Ishk.... macam takut benar saya nak titik pewarna semalam. Bukan apa takut terbabas, nanti terlebih ceria cam kaler pulut untuk kueh Lompat Tikam hari tu... hihihi
Tapi apa2 pun, alhamdulillah rasa tetap maintain u...... :))

lagi laju makan kalu cicah kelapa....best!

Jom kita tengok resepinya camane. Senang kalu buat kueh lapis ni bih2 lagi kalu time nak ra'ikan tetamu. Kukus pagi, petang dah boleh dipotong2, dah selamat terhidang dalam satu pinggan besar. Senang keje.... :)


Resepi Kueh Lapis Pandan

Bahan2nya:
  • Tepung beras setengah paket
  • Tepung ubi kayu 1 sudu besar *kalu takde tepung jagung pun boleh*
  • pati santan secawan + pati pandan dari 3 helai daun pandan + air masak *jadikan 5 cawan kesemuanya*
  • telor 1 biji
  • Gula satu setengah cawan *+- ikut kesesuaian masing2*
  • secubit garam

Cara nak buat:

  1. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Santan separuh masak sampai mendidih, tutup api.
  3. Separuh santan lagi bancuh dengan kedua-dua tepung tadi + gula + telor.
  4. Masukkan ke dalam santan yang separuh lagi.
  5. Jika berketul, mesin dalam pengisar jus atau ditapis.
  6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu kaler ori satu lagi buh kaler hijau.
  7. Boleh mula mengukus bila air dalam kukusan dah menggelegak.
  8. Kukus lapisan pertama selama 3 - 4 minit di ikuti lapisan kedua.
  9. Ulangi proses hingga habis semua tapi kukus lama sikit bila dah bubuh lapisan yang terakhir tu. *+- 15 minit*
  10. Jangan lupa pekatkan sedikit kaler untuk lapisan yang paling atas... biar menyerlah gitu... :))

Sekian.... Wassalam.


Wednesday

Kiriman Dari Zalieda


"Ini Fzi ke? "

"
Hmmm...iya...dari Nation Wide ke?", Saya terus meneka bila tengok nombor yang tak berapa familiar tertera kat skrin talipon.

"Ya, ya betul... cik pukul berapa ada rumah.... mau antar barang... sebelum pukul 11.00 boleh?"

"Ok boleh..... nanti akak tunggu, tapi encik tolong hon kuat2 sikit ya, loceng kat gate rosak... "Saya siap2 pesan suh bunyikan hon kuat2 sebab dah miss first delivery sebelum raya cina hari tu. Kesian terpaksa diaorang datang antar lagi sekali.... soriiiii.....


Alhamdulillah hari ini dapat kiriman istimewa dari Zalieda yang tinggal kat Muar, Johor. Kali kedua menerima kiriman hadiah dari rakan blogger. Tempohari dapat kiriman dari Ain, juga rakan blogger yang tinggal di Johor. Walaupun hanya kenal2 melalui dunia maya, namun alhamdulillah kemesraan tetap terjalin even tak pernah bersua wajah di alam realiti. Hanya berbalas kata melalui blog, e-mail dan sms je sepanjang perkenalan.


Timakasih banyak atas ingatan zalieda buat akak tu.... budimu dikenang ya..... nanti akak terai buat soto ngan mee bandung pakai rempah ready-made yang zalieda kasi tuh ya....tentu best tuh.... Pasti akak publish dalam MENU nanti.... akak dah boleh bayangkan buh eksesori udang ngan sotong yang big size dalam menu tu nanti... hehe

TQVM :))


Friday

Lopat Tike


4 pelakon utama lopat tike

"Wuhh!! Pink nyerr lompat tikam!"
, Shilah hampir menjerit tengok kaler pulut untuk lopat tike saya semalam.

"Ngape kaler pink, bukan merah ke Ma?"


"...hehe... takpe takpe....kita ceriakan sikit suasana...kasi pink pulak kali ni...", balas saya pada rasa kaget Shilah tu.

Ok la kot, kadang kita tukar sikit kebiasaan yang duk biasa buat tuh. Teringat kata2 hasben, "Kita perlu fikir di luar kotak (out of the box) kerana kekadang fikiran kita ini di blok oleh sesuatu kebiasaan atau rutin, dan takut untuk mencuba formula atau cara-cara yang baru dan mudah sebenarnya."

.... hehe... betul tu pa... kena street smart even dalam bab nak buat lopat tike sekali pun...hihi

Jemput tengok resepinya di SINI bagi kawan2 yang belum biasa buat dan ingin mencuba. Akceli takyah sukat2 pun bahannya cemmok2 mana. Sebab finishing product bergantung pada kesesuaian kita. Contoh untuk tepung hijau dan puteh, kalu nak keras lebihkan tepung beras. Kalu nak cair sikit boleh tambahkan air panas dan didihkan balik... :)


Sekian Wassalam.


Monday

Gulai Ikan Masin


"Da smpai da maghrib td...bez gle mkn bekal....hehe"

Abang antar sms dari Mahallahnya *asrama putera* malam tadi lepas dah selamat makan bekal yang bawak dari rumah. Saya tak masuk tupperware pun bekalannya. Hanya bungkus dalam paper yang lapik dengan plastik tebal je...bungkus cam nak bungkus nasik belauk.... hehe

Lauknya ikan siakap sweet sour, ayam goreng potong kecik2 dan gulai ikan masin. Alhamdulillah berselera lah tu anaknda makan. Selalunya
share2 makan ngan sorang dua rakan sebiliknya samada kenet, zaki atau fendi. "Mama harap cukup nasik ngan lauk tu ya bang....." :)

Gulai ikan masin tu sama versi ngan gulai telor masin dalam n3 sebelum ini. Resepi yang sama cuma tukar bahan asas je dari telor masin ke ikan masin. Gulai ni boleh kata selalu gak la saya buat sebab rasanya tak muak....tak jemu makan walau pun sering diulang masak berkali-kali... mungkin sebab tak masuk rempah kot, hanya guna bahan2 asli bawang2 gitu je.... :)

Di awal2 kemunculan MENU dulu dah post pasal gulai ikan masin ni.... jadi jemput usha resepinya di SINI atau boleh juga ambik di post Gulai Telor Masin.... Tq

Sekian, Wassalam :))


Saturday

Gulai Telor Masin


S
alam di hari minggu...
Selamat berehat ya semua.... :)


Nak tunjuk lauk dinner malam tadi nih. Dek dah jemu makan ayam dengan daging, saya dah rasa nak tutup buku sekejap untuk buat lauk guna 2 bahan asas tu. Hati tu hanya duk teringat nak makan lauk2 yang sempoi je tapi janji, menyelerakan.


Jadi semalam buat gulai telor stail pecah dalam kuah tapi buatnya guna telor masin. Sedap lagi men'jeligho' kan menu yang satu ni....hehe... Kalu berasa tawar2 mulut memang kena dengan selera kalu pekena gulai telor masin ni.... wat saing pulak dengan ikan goreng dan budu durian... uish... tokleh leh la nok kontrol makke kalu lagu ni... :)


Reaksi pertama papa lepas bukak tudung saji semalam.... "Wow...bestnya lauk kita malam ni!"


Ishk sukanya rasa bila orang di sekeliling kita pakat2 suka....
Takleh nak gambar dengan kata-kata betapa sukanya.... :))


Resepi Gulai Telor Masin
Bahan2nya:

  • Telor masin 2 biji
  • setengah inci kunyit hidup *
  • 2 hirislengkuas *
  • 4 tangkai cili kering *
  • seulas bawang puteh *
  • selabu bawang merah besar *
  • pati santan RM1@ tiga suku cawan(3/4 cawan)
  • sekeping asam gelugur(asam keping)
  • garam
  • gula
  • timun batang dibelah dua dan dipotong kecil *kali ni saya tak taruk, cari2 dah abis stok dalam peti*
Cara nak buatnya:
  1. Santan dicampurkan dengan +- secawan air masak, kemudian direnehkan bersama dengan asam keping seketika. Sementara itu tumbuk bahan2 yang bertanda *.
  2. Santan kena selalu dikacau2 supaya tidak pecah minyak.
  3. Bila santan dah masak cantik, masukkan bahan2 yang ditumbuk. Masak lah sampai agak2 naik minyak gitu.
  4. Masukkan timun. Bila timun hampir masak barulah diperlahankan api.
  5. Masukkan telor yang dah siap2 dipecahkan dalam mangkuk berasingan.
  6. Biarkan telor masak sendiri sambil sesekali dikacau kuah di sekeliling telor.
  7. Bila telor dah agak kental masaknya baru diterbalikkan.
  8. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  9. Siap untuk dihidangkan....
Sekian, wassalam.