Tiada yang pisang melainkan pisang....itu je yang nak gambarkan menu kueh dalam dua tiga hari ni. Banyak stok pisang, tu la pasal. Pisang emas kat depan umah bersambung-sambung berbuah. Kali ni dah siap masak menguning kat pokok, baru kami perasan.
Masa ambik potong tandannya, perasan pula ada setandan lagi yang duk dalam proses membesar buahnya....oh alhamdulillah rezeki... :))
Jadi dapat la buat kek pisang lembab yang tengok resepinya dekat blog Bro Rozzan.....memang best la, memang betul2 lembab.... masuk hari ke 2, keknya bertambah2 lagi lembabnya.... pendek kata sume suke. Saya siap buat 2nd round, separuh untuk bekalkan kakak balik asrama dan separuh lagi potong2 bawak ke rumah jiran masa hadir untuk majlis befday anaknya... wat saing ngan befday prezen.
Tqvm Rozzan, akak memang suka buat kek guna resepi dari blog Rozzan....InsyaAllah dah tentu menjadi dan sume yang makan suka hati....heheh *mintak izin kopipes resepi direct dari blog Rozzan...tq*
KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)
Bahan-Bahan :250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm(*fzi gunakan gula hanya 200gm shj)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut
Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Nota : Kali ini saya cuma tambahkan ganache topping kat atas kek tu dan ditabur dgn kacang hazel.
**nota fzi: 2nd time buat saya kurangkan sikit sukatan gula dari asalnya 340 g kepada 200g sahaja...
Selain dari buat kek pisang, sempat la lecek2kan pisang buat jeput pisang dalam beberapa siri.
Yalah... aggresif melecek pisang sebab nak habiskan pisang emas yang setandan tuh... kang rosak membazir pulak....... :D