Tuesday

Kek Marble Paling Sedap

Assalam semua...

Alhamdulillah...keep buat kek marble yang over sedap..hehe.. Alhamdulillah resepi kek marble yang terbaik bagi saya. Ni resepi orang dulu2 yang time belum timbul zaman internet lagi nih. Yang time buat pakai sukat2 cawan, yang kepok pun pakai senduk kayu atau pengepuk kue apam yang besi berpusar tu. Saya modify la sikit sukatan sebab pakai timbangan digital kann... Senang untuk rujukan anaknda bila sukatan dah accurate ni... ๐Ÿ˜€๐Ÿ‘

Catatan buat anak2 ku... Ini kek faveret mama sejak dulu๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—



Resepi dan cara membuatnya, kopipes dari blog Matahati saya di SINI.....
Sudi2 la melawat sana ya๐ŸŒธ


RESEPI KEK MARBLE ORANG DULU-DULU
5 biji telur gred B
275g margerin planta/butter
230g gula
250g tepung gandum
1 sudu kecil  baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar (umbu) serbuk koko
beberapa titik pewarna pink


Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven dan loyang yang dah disapu margerin pada suhu 160'C. 
  2. Pukul marjerin dan gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi sehingga kembang.
  4. Masukkan esen vanila dan susu pekat di ikuti dengan tepung dan baking powder.
  5. Bahagikan adunan pada nisbah 2:1:1;   2 bahagian warna ori, satu pink dan satu coklat. 
  6. Keluarkan loyang, alas dengan kertas. 
  7. Sendukkan satu bahagian adunan yang ori. Kemudian lapiskan dengan yang berwarna pink di-ikuti dengan yang berwarna coklat.Kemudian tutupkan balik dengan warna ori. 
  8. Lorek2kan dengan lidi mengikut kreativiti masing2.Bakar selama 45- 50 minit (dengan suhu dinaikkan ke 170'C) atau sehingga masak.


Sangat lembut dan gebu... alhamdulillah.


Sekian..wassalam.

Thursday

Teresek Jantung Pisang Resepi Orang Kelantan

Assalamualaikum

He...he...masih sibuk duk promote resepi oghe Kelate nih..๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Teresek atau sebutan yang betulnya teghesek ni, saya mula2 makan masa time sekolah menengah dulu. Suka bebenar...bila sesekali Umi jiran sebelah rumah hulur sepiring teghesek bagi rasa. Resepi teghesek umi dulu pernah publish kat sini. Tapi time tu saya buat teghesek kacang panjang.

Alhamdulillah kelmarin buat teghesek jantung pisang.
Jantung pisang ambik kat laman dari pokok pisang Awak.
Kali ni buat teghesek ikut cara kakak ipar. Boleh tahan sedap....atau lebih tepat lagi nak katanya sangat sedap dan jeligho makan dengan nasik panas2.

Meh kita tengok camana nak buat teghesek jantung pisang oghe kelate yang istimewa ini.

Bahan yang perlu ada:

Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air garam)
Bawang merah besar 3 labu *
Bawang puteh 3 ulas *
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Lengkuas 3 hiris*
Lada kering 7 tangkai (rendam, tos)*
Rempah ketumbar 1 sudu besar paras[tumbuk halus)
Santan pekat 2 cawan
Rempah kari ayam/daging 2 sudu umbu
Asam keping 1
Kerisik 2 sudu besar
Gula/nise
garam
Lada merah 1 dihiris
Bawang besar 1 dihiris

Cara membuatnya:
Kesemua bahan bertanda (*) dimesin lalu ditumis. Bila dah agak2 masak masukkan rempah kari. Tambahkan sedikit air taknak bagi tumisan melekat di kuali. Kacau hingga rempah masak dan bertukar sikit warna nya. Masukkan kropeh ayam dan bahagian ayam yang ada isi sikit2.
Biar lama mmati hawas. Mmati hawas ni maksudnya, masak kropeh ayam tu dalam rempah hingga pohu( atau over empuk tulang2 tu semua)

Masukkan rempah ketumbar dan kemudiannya santan. Baling masuk asam keping. Biar santan dah masak elok baru masukkan jantung pisang yang dah ditos dan diperah keluar airnya. Gaul2kan biar mesra. Taburkan lada merah, bawang besar dan kerisik. Gaul2kan lagi. Perisakan dengan gula dan garam.

Alhamdulillah done Teresek Jantung Pisang Kelantan๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Memang power masakan Kelantan...๐Ÿ‘๐Ÿ‘




Wednesday

Nasi Manis Kelantan Buboh Nangka

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kemarin sampai hajat nak makan Nasi Manis. Nasi Manis yang asli Kelantan ni. Kakak ipar(isteri abang) yang selalu jadi pakar rujuk saya dalam bab masak2 ni datang dari kelate sekeluarga bersempena majlis konvokesyen anaknya yang sulong. Tahniah atas kejayaan anaknda Adri. Dalam sibuk2 kami berjalan ke sana ke mari selama dua hari, hari ketiga semua dah free...jadi santai2 sambil masak2 la kami kat rumah.

Super sedap nasik manis boh nangka ni. Plan nak buat nasik manis ni tiba2 je muncul, lepas kami ambik buah nangka yang dah masak kat pokok. Nangka dah masak tak payah nak peram.

Emmm.....alhamdulillah terlajak la manis nangka tu๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Makanya, beras pulut ada, santan pon ada...hah apalagi, boleh la merasa nasik manis boh nangka ni..alhamdulillah.

Cara buat Nasi Manis Kelantan buboh Nangka

Bahannya:
1kg beras pulut(rendam 2 jam dengan sedikit air kapur)
5cawan santan
2 cawan gula
Secubit dua garam
3helai daun pandan
7kuntum bunga cengkih
Nangka secukupnya(dihiris atau juring halus halus)

Cara:

Bilas sekali lagi beras pulut, toskan kemudian kukus lah pulut hingga masak lebihkurang 25minit. Biarkan sejuk.

Masak santan dalam 10 - 15minit. Kacau2 selalu agar santan tak pecah/berketul. Masuk kan daun pandan diikuti dengan gula. Masak sampai keluar minyak muda. Minyak muda ni terhasil bilamana santan mendidih dengan gelembung buihnya kelihatan agak lambat. Buih2 santan tu mesti nak kena nampak agak halus dan gebu gitu...baru jadi minyak muda tu.

Masukkan bunga cengkih dan kemudian masukkan pulut yang dah sejuk tadi.
Kacau2 kan biar sebati dengan santan. Kena tenggelam pulut dalam santan, baru nasik manis nya terhasil cantik, lembik2 dan berpalut pulut dengan santan. Dah dekat nak tutup api baru masukkan hirisan nangka. Bila nangka dah nampak lembut, tutup api. Alhamdulillah dah siap nasik manis...yummyyy๐Ÿ’—



Thursday

Menu Majlis Kahwin Kakak

Alhamdulillah...

Majlis Kahwin kakak buat kat rumah. Yang abangnya hari tu dah buat kat dewan Ballroom Kelab Golf (di SINI). Jadi yang kakak ni teringin mamanya nak buat kat rumah ala2 kenduri dalam taman gitu...
*boleh klik tengok di SINI*

Menu juadah untuk pengantin mesti la ada ayam golek..he he.. Yang untuk jamuan tetamu ada tiga island. Dua island untuk menu Utama; nasi carrot, ayam goreng malaysia, dalca, daging masak hitam, dan acar mentah. Buah tembikai sebagai pembasuh mulut.
Minuman istimewa hari tu yang semua orang suka ialah 'air teh bunga'....amazing sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘









Manakala ada satu island untuk 'tea corner' yang memuatkan minuman 'teh tarik' serta kueh-mueh.. alhamdulillah.  Cucur badak dan kue koci import khas dari Gombak. Yang lain2 tu dibuat dari dapur ibu pengantin... Hadiah mama buat kakak....











Kueh mueh fzmenu untuk rai'kan kenduri kahwin kakak ialah Kueh Bombai/akok kemboja, bingka Jagung, agar2 merah, cupcake pisang, Choc brownies dan Tapai Pulut. Bila campur dengan  dua kueh yang besan bawak dari gombak; jadi 8 jenis kueh mueh kesemuanya untuk rai'kan tetamu... Alhamdulillah.


**sila klik nama kueh untuk resepi๐ŸŒธ



Tuesday

Tapai Pulut Untuk Kenduri Kahwin

Alhamdulillah...

Masa merai'kan majlis perkahwinan anak kedua baru2 ini(kisahnya di SINI), saya buat tapai pulut buat tambah2 kueh kat 'tea corner.' Alhamdulillah laris tapai pulut... Ramai yang excited sebab kaler tapai agak meriah.. buat dwi kaler; pink campur ori putih beras pulut. Idea asal buat tapai kaler2 ni, dapat masa hadir di rumah terbuka sahabat baik saya di Kelantan. Terus kopipes idea... Balik kL terus buat selang beberapa hari lepas tu... alhamdulillah berhasil dengan jayanya๐Ÿ‘๐Ÿ‘i

Jadi untuk kenduri kahwin anaknda, dapat sediakan 415 pek tapai dari 6kg beras pulut alhamdulillah. Sekejap je siap pek2 kan masuk bekas tu sebab ramai yang menolong..
Alhamdulillah tq rin, abg, shilah, ida dan nana for helping mama SELESAIKAN tapai..hahaha

Boleh tengok kat sini resepi ori tapai pulut fzmenu.

Untuk resepi tapai pulut (yang di olah dek tapai taruk kaler), saya nak ajak semua jom pegi blog Matahati. Fyi readers, itu lah blog tempat saya beralih menulis sementara merehatkan seketika blog fzmenu... Jemput tuan puan ke sana... Cara Membuat Tapai Pulut๐Ÿ’—


Monday

Karipap Inti Daging

Alhamdulillah dapat makan karipap minggu ni. Dah lama tak buat, teringat-ringat nak makan. Jadi dengan semangat rajin yang tak berapa nak ada, buat jugak lah.

Ini hasilnya...


Inti daging + kentang... Sedap, sekali makan kena dua tiga bijik..hahaha

Resepi kulit karipap, lain dari versi yang dulu. Semenjak dua menjak ni buat kulit karipap versi minyak panas.

Resepi karipap yang mudah....๐Ÿ˜‰

Ini intinya....

Jom tengok resepi:

KARIPAP MINYAK PANAS

Sediakan inti karipap ikut citarasa. Kalau saya suka inti kentang + daging/ayam.

Kulit karipap:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin
Setengah cawan minyak masak
3/4 cawan air
Garam satu sudu kecil

Cara:
Panaskan minyak serta margerin dalam periuk. Bila minyak dah betul2 panas, dengan berhati2 tuangkan minyak ke dalam mangkuk  tepung. Kacau2 dengan sudu sebelum dimasukkan air garam. Setelah sebati boleh la di-ambil sebesar guli lalu dicanai, dibubuh inti seterusnya dikelimkan di tepinya membentuk karipap.


INTI KARIPAP
  • sekeping besar daging lembu atau isi dada ayam
  • kentang 5 biji
  • bawang merah besar 2 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • lada kering 4 - 5 tangkai
  • rempah kari/kurma 3 sudu besar
  • garam
  • gula

Persediaan:
  1. Daging dicincang/mesin kering dalam pengisar makanan(fp)
  2. kentang di potong dadu/slice dalam fp
  3. bawang merah besar di potong dadu/slice dalam fp
  4. bawang puteh dan halia di cincang halus.
  5. cili kering direndam, basuh bersih dan dimesin
  6. rempah kari/kurma dicampurkan air masak, jadikan pes
Cara:
  1. Tumis bawang puteh, halia dan sedikit bawang merah besar yang dipotong dadu.
  2. Masukkan rempah kari. Masak sampai rempah sebati dengan minyak.
  3. Masukkan daging, masak lama sebelum dimasukkan kentang. Tambahkan air masak untuk empukkan kentang.
  4. Bila kentang dah empuk baru masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  5. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sampai inti karipap betul2 'seghing' @ kering baru tutup api. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Sekian wassalam.