Thursday

Roti Canai vs Roti Boom


Assalamualaikum...

Kali ini masih lagi dengan menu yang mengenyangkan buat seisi keluarga...
Roti Canai vs Roti Boom... :))

Sebut roti canai, teringat saya masa kecik2 dulu pagi2 ralik sangat *
kusyuk* tengok Mokcik Ndok tibar roti canai kat rumah dia, rasa mata tak berkelip-kelip.. :).

Mokcik Ndok
memang meniaga roti canai tapi hanya secara kecil-kecilan dan beroperasi kat rumah je. Tapi walaupun hanya kecil-kecilan, customer berjujuk *berderet* pagi2 duk tunggu giliran nak dapatkan roti canai Mokcik Ndok.

Bermula dari situ lah saya jadi berminat nak cuba buat sama, dah pasang angan2 masa tu...
"...satu hari nanti nak buatlah jugak..." hehehe...

Alhamdulillah masa tengah remaja, ada gak la buat sesekali. Tapi tak reti nak tibar punya pasal, saya
just guna dulang besi yang besar*yang muat banyak pinggan, siap untuk satu hidangan* untuk tarik roti jadi nipis... Dah terai menibar ala2 kedai mamak tu tapi masih fail, takpe slow2 bulih belajar lagi... mesti ada formula tu... hihi

Apa2 pun, mari kita tengok resepi...
:)


RESEPI ROTI CANAI

Bahan2nya:

  • Tepung 1kg
  • air masak yang dah sejuk 2 ¼ cawan
  • margerin planta 60g
  • gula 3 sudu besar
  • garam 1 sudu besar

Cara membuatnya:

  1. Margerin dicairkan terlebih dulu. Biarkan sejuk sebentar.
  2. Garam dan gula dibancuh dengan air masak.
  3. Campurkan kesemua bahan, uli sampai jadi doh. *air seeloknya jangan dimasukkan sekali gus, biar berperingkat takut terlebih air.
  4. Biarkan doh selama setengah jam sebelum sambung menguli dalam 15 minit lagi.
  5. Bulat2kan doh dan timbang seberat 60 g setiap satu.
  6. Salutkan doh yang dah dibulat2kan dengan margerin/minyak sapi dan biarkan dalam bekas tertutup selama semalaman.
  7. Pagi esoknya dah boleh buat roti canai.
**Tenkiu buat Shilah yang tolong mama part uli doh tu... lembut je doh roti canai kita, Shilah uli...thanx anakku :)


Jom tengok langkah demi langkah caner nak canai roti canai @ roti boom *saya guna tudung periuk besar buat tempat mencanai...huuuu*
  1. Leperkan doh, kalu nak tibar, bolehlah tibar...macam saya tibar lebih kurang je, pastu tarik2 adunan roti biar penuh satu tudung periuk
  2. Renjiskan sedikit minyak masak di atasnya.
  3. Angkat separuh darinya kemudian lepaskan biar jadi bertindan-tindan. Ulangi langkah pada belah yang separuh lagi.
  4. Pusingkan roti dalam gaya berpusar, bila hampir sampai ke penghujung pusingkan hujung yang satu lagi dalam arah yang bertentangan.
  5. Satukan hujung yang kecil ke dalam pusaran roti yang lebih besar.
  6. Setelah dileperkan roti boleh lah digoreng roti canai di atas ceper/pan dengan hanya menggunakan minyak yang sedikit. Goreng hanya dengan api yang kecil sehingga masak.
  7. Sedap dicicah dengan gulai ayam, kuah kacang dal dsb.
  8. Untuk tujuan frozen, gorengkan hanya separuh masak, tunggu sejuk baru dipackaging.

** ROTI BOOM

Kaedahnya sama dengan roti canai. Beza antara ke duanya hanya lah roti canai leper manakala roti boom tebal, struktur roti boom lagi lembut dan amat sesuai untuk kanak2. Makanya adunan yang dah siap dicanai untuk roti boom hanya perlu ditekan sedikit sahaja sebelum digoreng, tak payah dileperkan cam nak buat roti canai.


Sekian Wassalam.


24 comments:

  1. :),saya suke mkn dgn kuah kari

    ReplyDelete
  2. salam kak sihat ke sy pun bab tebar menebar ni fail kak

    ReplyDelete
  3. Peri PiA...
    Makan ngan gula je pun sedap...hehe

    ReplyDelete
  4. Wsalam chik mimi...
    ..takpe lama2 pandai le tu InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  5. Alternatif yg sangat bagus menggantikan nasi. Semalam habis 3 bijik pekena dgn gulai ayam, memang berpalut. Kenyang macam makan nasi jugak.

    ReplyDelete
  6. salam kak fzi,
    Wah... kalu bab menebar, saya pun buat mcm kak fzi juga. first time n last time aritu.. kahkah. cantik adunan roti canai tu kak. nampak lembut nak ditarik :)
    oh, rupanya adunan roti canai dan roti bom sama...

    ReplyDelete
  7. salam kak.... ira belum pernah lagi buat roti canai, nampaknya kena cuba ni..... asyik dok beli yg frozen je

    ReplyDelete
  8. Pa...
    ...tapi kan, tahap kolestrol boley tahan tinggi gak dalam roti canai nih... jadi kita kena beringat2 gak, takleh kerap sangat makan... :)

    ReplyDelete
  9. Wsalam nur...
    hehe..boley laa nur, bagi akak ianya dah cukup lembut dan bestt sangat makan ngan gulai..hihi
    Tapi nak kasi lembut lagi, elok salut ngan minyak sapi doh yang kita dah bulat2kan tu, stok takde so akak buh planta je... orite gak..

    Doh roti boom akak bese wat yang sama je ngan doh roti canai... ..papa diaorang lagi suka roti boom... :)

    ReplyDelete
  10. Wanieyra...
    Wsalam.. elok tu ira kalu nak terai wat sendiri.. akak dulu pun bese gak beli yang frozen bih2 lagi umah akak dekat ngan kilang tempat buat roti canai di Kalumpang. Tapi now dah lama tak singgah even lalu2 kat area sana.

    Advantage kalu wat sendiri, puas hati ira sebab satu kampit tepung cap Sauh tu boley dapat 27 bijik roti canai @ 60g setiap satu :)

    ReplyDelete
  11. salam kak..
    lembut je nmpk roti akak tu bila ditarik...bilalah berpeluang nk try sbb ada yg frozen lembut tu yg jd malas sikit nih...;-p

    ReplyDelete
  12. Wsalam E-na...
    Buat je time free bila2 ena... InsyaAllah boleh lembut cam yg beli.
    Bila dah tibar bihkurang tu, senang kita nak tarik roti tu ena.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Fzi,

    Dah singgah hari tu tp x sempat nak tinggalkan jejak..

    Akak, dulu pernah gak cuba buat sendirivroti canai tp kureng menjadi. lps tu x pernah cuba lg.. nie ada resipi akak, leh cuba plak lps nie...

    ReplyDelete
  14. Wsalam zalieda...
    Oo iya ke... bese la akak pun kadang singgah memana takddan tinggal jejak..hehe

    Pasni terai buat lagi zalieda... jangan serik...InsyaAllah kali ni, mesti menjadik.. Dua tiga menjak ni umah akak stok roti canai n boom ada sokmo dalam freezer, senang sesak2 takde benda makan, boleh goreng pastu cicah gula...Huh kenyang.. :)

    ReplyDelete
  15. salam fzi..wah rajinnya..dah lama cm tak buat sendiri roti canai ni sebab selalu beli yg frozen:)

    ReplyDelete
  16. tagskie...
    Thx for stopping by...have a nice day.. :)

    ReplyDelete
  17. Wsalam kak cm...
    ish takde la rajin sangat kak... buat untuk stok dalam freezer.. senang anaknda boleh cari dan goreng sendiri.. hehe
    Saya pun selalu gak beli yang frozen... kilang roti canai ada kat Kalumpang, dekat je ngan umah... :)

    ReplyDelete
  18. muna k10:49

    sory lah kita lum sempat wat lagi roti canai tu......
    Tunggu ye kalau ada masa saya cuba.

    ReplyDelete
  19. muna k...
    hehe... bila2 free weekend boley la try kalu berhajat... tau.. awak, mona b dan ani sebok maklum orang keje. Mana sempat nak nguli roti canai..hehe

    ReplyDelete
  20. Komen dari Maz- Ilham Dapur yang terpaksa di publish manually sebab masalah teknikal yang berlaku di blogger.com semalam:

    Slm knjungan bls dan slm kenal kak..mksih ye sdi sngah dpur kcik kita tu..kita link kak ye..kita pun smjak blik msia ni..xbuat sdri lgi doh rti cnai..main ckp kat kdai je..hehe..msa duk bahrain sllau jgk buat...

    ReplyDelete
  21. Wsalam maz...
    Salam ukhwah yang berpanjangan...
    Sama2 kita meriahkan dunia masakan InsyaAllah..
    Akak pun selalu gak beli, senang dah ready-made... tinggal masak je.. :)

    ReplyDelete
  22. salam kak fzi..
    bestnya roti canai buatan sdr...

    ReplyDelete
  23. Wsalam Chempaqa...
    Itu ler, buat sendiri komfem kenyang anak2 akak... banyak stok dalam peti so bila lapar sikit, boley masak roti canai...hehe

    ReplyDelete
  24. Hri ni boleh trai buat lah.mkn dngn susu.

    ReplyDelete