Wednesday

Menu Majlis Menyambut Menantu Anak Sulong

Alhamdulillah hari ini terdetik hati untuk mengimbau kenangan majlis kahwin abang(anak sulong) yang majlis nya 5 bulan awal dari majlis kahwin adiknya[di SINI]. Abang dah dapat cahayamata dah pun, ni mama baru nak trobek yang majlis kahwin..hahaha

Terkenang kenduri abang hari tu boleh tahan meriah. Tetamu jemputan kami 90% hadir dari keseluruhan yang dijemput. Anak sulong barangkali, jadi ramailah yang datang merai'kan perkahwinan ini...alhamdulillah. Majlis Menyambut Menantu lah kiranya ini bagi pihak kami. Majlis Akad Nikahnya mengambil berkat penghulu hari iaitu hari Jumaat. Majlis bersanding di sebelah pihak perempuan menyusul pada hari Sabtu. Kemudian di-ikuti kenduri belah pihak kami pula hari Ahad esoknya.

Majlis Menyambut Menantu kami berlangsung dengan jayanya di Dewan Ballroom, Kelab Golf. Menu sama dengan kenduri kakak iaitu Nasi Carrot, Ayam Goreng Malaysia, Daging Masak Hitam dan Acar Mentah. Manakala pembasuh mulutnya buah tembikai dan minuman yang dicadangkan oleh pihak katerer ialah Air Teh Bunga. Terbaik, air teh bunga ni untuk kenduri kahwin ya...ramai teruja. Elok dicuba😍


Untuk bahagian Tea Corner, ada teh tarik dan kueh mueh. Katerer sediakan minuman Teh Tarik sahaja, Kueh mueh saya tempah 3 jenis dengan kak Nor tukang kueh. Kueh yang sangat sedap: kueh koci, lepat pisang dan masalodeh. Sepupu en suami tambah bawak kek marble 5 biji dan kak Dah Encik Rahim tambah bawak kueh Kemboja 25 biji. Jazakallah hu Khoiron buat Zu dan kak Dah..moga Allah membalas dengan kebaikan...aamiinn

Ramai yang turun padang bantu memeriahkan squad tuanrumah alhamdulillah. Rakan2 Shilah(anak bongsu) datang seramai 10 orang ie peah; dila, fatin, kak eji, nana, mimi, ayra, nabila, mas dan wani, abang saya alhamdulillah turun dari Pasir Puteh, anak2 saudara: Adri dan Farhan, bff: kak Dah dan En Rahim, sepupu: Zu dan Edi sekeluarga, sahabat kami: Zila dan Bakar sekeluarga, Siak Azhar dan Num, Rose dan En Mat sekeluarga serta rakan2 abang: Paih, Zaki, Dauh dan Zul. Jazakallah hu Khoiron semua.. Moga Allah memberi balasan yang baik buat kalian...aaminn
Kami ramai2 memakai warna seragam, tema Pink Belachan dan Hitam. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.



Moga catatan ini menjadi kenangan buat Abang dan Rin yang sekarang dah lebih setahun melayari bahtera rumahtangga. Lebih bermakna lagi dengan kehadiran si manis Aisyah yang sekarang dah berusia 6 bulan sebagai penyeri mahligai bahagia..Moga sentiasa dilimpahkan rahmat dan redho Allah...aamiinn




Saturday

0pen House Hari Raya 2018

Alhamdulillah...pada 24Syawal lalu (8hb Julai 2018), kami sekeluarga telah menerima kunjungan kuranglebih 170 orang tetamu sempena Open House Hari Raya tahun ini. Dah lama tak buat open house sebenarnya. Last dulu kalau tak silap masa anak yang bongsu masih kat cfs(peringkat asasi uia). Kira dah agak banyak tahun la, cuti buat makan2..[kenduri kawin anak2 (klik di SINI)tak termasuk dalam ini cerita ..he he]

Open House hari tu siap ada invitation card yang specially designed by isteri tuan rumah😀😂

Menu yang di'sepakati buat' hari tu: Satay Ayam, Satay Daging, Kuah Kacang, Nasi Impit, Rendang Ayam, Lontong serta kombinasi nya Sambal Ikan Bilis, Carrot Cake(klik resepi), Kueh Lopes(klik resepi), Agar-agar Pandan(klik resepi) dan Tapai Pulut(klik resepi). Minumannya, air Sirap Limau Kasturi. Alhamdulillah semua makanan homemade. Buat sendiri, kiranya tak keluar dapur fzi sekeluarga. Kerja menyucuk satay yang diketuai oleh en suami selesai dalam pukul 3.30pagi....ish ish..
Tapai buat hari Jumaat lagi. Kena peram pulut selama 36jam untuk jadi tapai

Kami masak2 sambil diselang-selikan dengan kesibukan anak menantu menguruskan anak kecik masing2. Kira dah macam taska dah bila tiga2 cucunda menangis serentak..hahaha..

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Semua juadah dapat disiapkan on-time. Tepat2 pukul 3.00petang Hj Shaharuddin dan keluarga tiba depan rumah, kemudian disusuli pula dengan keluarga Hj Munir....dan terus disusuli dengan yang lain2...dah tiada brek lagi lepas tu, terus ada je tetamu yang menyusul. Alhamdulillah suasana terkawal, makanan atas meja pun dapat diselenggara dengan baik oleh kami anak beranak.
Aisyah

Twinnies Fateh & Fattah

Majlis open house berjalan lancar hingga ke penghujung. Tetamu bagaikan mengerti time tuan rumah, janji ditepati sepertimana yang ada dalam kad jemputan, pukul 7.00 majlis tutup tirai..ha ha.. Makanan alhamdulillah just nice cukup2 dengan tetamu yang datang. Ada la lebih sikit untuk anak2 bawak balik uia dan rumah masing2. Jadi yang mana ada bagitau tak dapat hadir hari tu, sesungguhnya memang ada hikmah Nya. Allah dah susun yang terbaik..alhamdulillah.
Satay Ayam 250cucuk, Satay Daging 200cucuk




Carrot Cake saiz loyang besar 15 x 15inci

Tapai buat pakai 2kg beras pulut dapat 150pek

Lopes buat pakai 2kg beras pulut

Terimakaseh buat semua yang datang...Jazakallah🌾🌿



Sunday

Resepi Mudah Agar-agar Pandan Fzmenu

Bismillahirrahmanirrahim.




Alhamdulillah, semalam pukul 6.30 petang baru bergegas buat agar² Pandan lepas dapat kol keluarga besan nak datang beraya. Agar-agar tak kira apa pesen agar-agar samada yang kosong ke, yang boh santan ke, yang boh buah laici atau koktel ke...semua saya suka. Jadi bila teringat ada santan dan telor, hah buat agar-agar pandan je la...sedap saya suka, manis sedang-sedang dan tak muak. Nampak semalam opah Rin(rin@menantu) duk ulang ambik makan...alhamdulillah.

Meh kita tengok...
Resepi mudah Agar-Agar Pandan ni.


  • Agar-agar sepeket 28g
  • Air 6½  cawan
  • Daun pandan 6 helai(mesin, dapatkan ½ cawan air pandan)
  • Pati santan 1 cawan
  • Gula 1 cawan( sila lebihkan jika suka manis2)
  • Telor 2 biji (gredB)
  • Secubit dua garam


Cara mudah membuatnya:

  1. Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga agar² larut. 
  2. Masukkan gula. Bila dah masak sebati, tutup api dapur. 
  3. Tapis agar² ke dalam periuk lain.
  4. Kepok² telor bersama santan, garam dan air daun pandan. 
  5. Tapis kemudian tuangkan dalam periuk agar². 
  6. Masakkan balik sambil dikacau² hingga mendidih, bila dah mendidih tutup api dapur. 
  7. Tuangkan ke dalam loyang. Bahagikan biar dapat memenuhi dua loyang supaya agar-agar nanti takde la tinggi sangat, senang nak potong.
  8. Bila dah sejuk sikit dan permukaan agar² dah tak melekat di jari, sambung sejukkan dalam peti ais.  

Uishhh...memang terbaik lah agar-agar Pandan ni. Sangat sesuai dihidangkan bagi merai'kan tetamu. Agar² Pandan semalam tu buat saing makan dengan Satay, Kuah Kacang. Nasi Impit dan Rendang. Semua homemade. Besan bawak buahtangan 4 batang lemang yang superb sedap, jazakallah. Terus anaknda tolong potong lemang sebatang buat menambah menu hidangan Raya. Kueh raya pon pakat2 menyelit sama menyerikan suasana. Alhamdulillah.


**nota:
Buat lagi second round Agar-agar Pandan. Tak boleh brek makan dia😁

Tuesday

Sayur Jawa Terlajak Sedap


Assalamualaikum.

Ermmm...ini bukan menu kelate ya. Menu tersohor orang belah Sabak Bernam pulak kali ni..he he... Resepi Sayur Jawa, lauk sampingan yang terlajak sedap bagi kami2 kat rumah ni.. Sayur Goreng Jawa pun iya jugak orang panggil.. Dengan ada nya sayur jawa ni, masalah betul...jadi bertambah2 pulak dah selera makan nasik...adehh hancus diet😣
Sayur Jawa dengan Kari Kepala Ikan
Resepi Sayur Jawa

Bahan (1)
(yang bertanda ## dipotong dadu/hiris) dan kemudian goreng:

  • Tempe##
  • Kentang##
  • Tauhu##
  • Kacang tanah(digoreng)
  • Ikan bilis(digoreng last)

Bahan (2) 
ditumbuk/dikisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan bakar
  • Cili api

Bahan 3
  • Sohun n pucuk direndam
  • Kacang panjang dihiris serong

Cara membuatnya:
Selepas goreng bahan (1), asingkan. Tumis pula bahan (2) yang ditumbuk, letak sedikit asam jawa, 2 sudu sos tiram, masukkan kacang panjang, kemudian sohun dan pucuk. Akhir sekali campur kesemua bahan yang dah siap goreng. Renjis2 kan kicap manis gaul sebati. Perisakan garam dan gula secukup rasa🤭

*kredit to kakak(anakku): gambar n resepi


Friday

Tepung Pelita di bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Asal bulan Ramadhan je mesti teringat Tepung Pelita. Alhamdulillah dah dua kali buat tepung pelita Ramadhan kali ini. Memang best sejuk tekak bila makan tepung pelita yang baru keluar peti ais time bukak puasa.

Tepung pelita ni kueh tempatan faveret saya. Memang suka sangat. Nak buat dia pun senang dan takde banyak kos pun. Hanya kalau ada tepung beras dan santan, inshaaAllah dah boleh bertepung pelita.


Resepinya masih yang sama, tak tukar-tukar. Boleh kalau nak tengok2 kat SINI.

RESEPI TEPUNG PELITA  ASLI KELANTAN 

Bahagian bawah:
  • tepung beras setengah cawan
  • secubit kapur makan
  • air masak + pati pandan*mesin daun pandan 5 - 6 helai* jadikan 2 cawan

Bahagian atas:
  • tepung beras setengah cawan
  • santan 2 setengah cawan
  • garam dua tiga cubit

Yang perlu disediakan:
  • daun pisang dipotong segiempat tepat sama saiz *saya lapiskan 3 helai daun untuk setiap temalong*
  • lidi dipotong 1 setengah inci setiap satu *boleh ganti guna stepler*
  • gula pasir untuk lapisan paling bawah *nak ganti guna 'manisan + gula' pun boleh*

Cara membuatnya:
  1. Bila air dalam kukusan dah mendidih, susunkan temalong dekat antara satu sama lain. Kalau jarak2, bentuk tepung pelita lepas masak kureng cantik.
  2. Masukkan 1 sudu kecil(umbu) gula dalam setiap temalong.
  3. Curahkan lapisan bawah sehingga sampai paras setengah dari temalong.
  4. Kukus 15minit.
  5. Kemudian curahkan pula lapisan atas yang berwarna putih. (Lapisan putih ini kalu nak bagi pejal sikit, boleh masakkan sebentar sampai mendidih. Tutup api kemudian baru dituang ke atas lapisan hijau).
  6. Kukus balik dalam 10 minit.
  7. Alhamdulillah....selesai sume, tunggu sejuk jap baru masuk peti....nyum nyum nyum :)





Monday

Singgang Limpa

Selamat berpuasa semua....
Nak kongsi satu menu best...iaitu Singggang Limpa.

Alhamdulillah bersahur tadi dengan lauk singgang limpa. Sampaikan hajat en suami nak makan singgang limpa lembu. Dah agak lama la tak buat lauk ni. Yang selalunya buat singgang daging je lah, tak pun singgang tulang. En suami dapat cari limpa lembu di pasar malam, jadi  ada peluang menyinggang limpa la kita...he he

Superb sedap singgang limpa ni. Sangat sesuai buat makan untuk sahur. Yang agak2 tak lalu makan nasik, inshaaAllah jadi lalu..hi hi
Makan tadi saing dengan limpa goreng garam kunyit.


Resepi sama sebagaimana saya menyinggang daging atau tulang lembu. Jom kita tengok macamana cara2nya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-bahannya:

  • limpa lembu tempatan/frozen
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit dua gula *berfungsi ganti ajinomoto*

Cara-caranya:
  1. Limpa diptong kiub, dibasuh bersih lalu direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2/pecah2 gitu je *bukan sampai lumat*. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan limpa. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

***nota: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))

Wassalam.