Sunday

Beledo Bekwoh aka Agar-Agar Merah

Assalamualaikum....
Semalam buat beledo lagi.... Beledo kosong/ 'plain agar-agar' yang orang ramai² pakat buat time 'Bekwoh' atau kenduri-kendara tu....hehe....

Buat lebih sikit semalam sebab untuk nak bawak pegi Open house Persatuan Penduduk area rumah kami. Nak ambik syarat sempurnakan bahagian kami, buat la beledo dengan kek coklat untuk wat saing dengan makanan lain dari jiran²... alhamdulillah boleh tahan la meriah gathering kemanghing.... :))

Ada kawan yang tanya sukatan yang tepat untuk buat beledo bekwoh ni. Saya yang selama ini main anggar² je masuk banyak² mana gula dan air, cuba la sukat sikit semalam. Alhamdulillah bila teraa sukat² tu dapat la dicatit sukatan yang boleh la kata accurate gak bih-kurang....hehe... Alhamdulillah tak terlembik dan tak terkeras. Moga ada manafaatnya buat kengkawan yang nak buat Agar-Agar Merah versi bekwoh ini untuk rai'kan keluarga dan saing².... InsyaAllah.


RESEPI BELEDO MERAH aka Agar-agar merah kosong/Plain
*gandakan lagi sukatan kalu nok buat untuk kenduri/bekwoh besar-besaran*

Bahan²nya:

  • agar² 50g (2 plastik @ 25g setiap satu, yang biasa dijual di pasaraya)
  • air 2 ½ botol besar (saiz botol air mineral 1500 ml)
  • gula batu ½ plastik @ 150g
  • gula pasir 1 ½  cawan
  • daun pandan 5 helai disimpul
  • perisa ros 1 scop (penutup botol star brand)
  • pewarna merah ½ scop (penutup botol star brand)*lebihkan sikit kalu nak merah lagi. Bagi saya setengah scop tu dah orite, tapi kalu tempat bekwoh biasa kaler menghoh lagiii.... :)*

Cara:
  1. Rendam sekejap agar² kemudian basuh bersih.
  2. Rebus agar² dengan air. Biarkan sampai agar² hancur sepenuhnya.
  3. Kacau sekali sekala agar tidak melimpah keluar periuk.
  4. Bila dah agar² dah hancur, masukkan daun pandan serta gula batu diikuti dengan gula pasir.
  5. Biarkan lama masak, sampai daun pandan bertukar kaler menjadi kekuningan baru ditutup api.
  6. Tambahkan perisa ros dan pewarna merah.
  7. Tapiskan agar-agar ke dalam loyang yang telah dibilas terlebih dahulu. Tak payah dilapkan selepas dibilas loyang *untuk mudah keluarkan agar² bila dah keras nanti*
*** nota fzi: Biasa saya buat beledo malam, esoknya baru dipotong. Hanya biarkan ia sejuk dan keras di bawah saji je, tak payah masuk peti ais. Beledo yang siap untuk dihidang akan kelihatan berkilat²/bersinar cantik, pejal elok dan tidak berair.

Sekian, wassalam...