Thursday

Singgang Tulang


Setiapkali nampak tulang rusuk lembu di pasar, selalu terbayang nak buat singgang. Kalau rasa 'tawar-tawar mulut' atau juga disebut "lecah mulut", sedap sangat kalau ada singgang tulang ni. Tapi pilihan anak2 tak menentu, kadang nak sup kadang nak singgang. Jadi kena tanya diaorang dan papa diaorang dulu sebelum decide nak buat yang mana satu. Beza sup dengan singgang, sup boleh dihirup sampai habis kuahnya. Sebaliknya singgang tak boleh lah buat macam sup, dikhuatiri sakit perut pulak sebab ia ada masam-masam sikit. Apa2pun kalau tanya saya, saya biasanya nak singgang je...


Bahan-bahannya:
  • sebatang tulang rusuk lembu
  • bawang merah satu labu besar
  • bawang putih 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
  • rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
  • 10 biji lada hitam
  • asam keping
  • garam
  • secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*

Cara-caranya:
  1. Tulang direbus hingga empuk
  2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2. Ketepikan.
  3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
  4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masak lah dengan api yang sederhana.
  5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
  6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

p/s: Singgang ini lagi sedap rasanya bila yang dimasak tengahari dihidangkan masa dinner. Lagi lagi lah berpalut....:))


9 comments:

  1. 1st time ni dgr tulang boleh masak singgang. mesti sesedap buat sup kak ek..??nanti boleh try la.

    ReplyDelete
  2. Ohh iya ke...ain baru tau...
    Singgang tulang ni salah satu faveret akak, sup tulang pun suka juga...dua2 ada kelainan masing2..boley la ain cuba mana tau suka... :p

    ReplyDelete
  3. memang sedap dan mudah hadam...tak sedar lesap nasi 2 pinggan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous22:40

    Kak Fzi jgn risau.. saya singgang2 tulang nie boleh hirup sampai habes... kalau yg lain taknak, bak sini.... saya nak.hehe

    ReplyDelete
  5. hehe papa kata nak diet... bila nak mula ni...


    Ijan...boleh la geng ngan anak akak no.3.. dia suka sangat hirup kuah singgang ni...hehe

    ReplyDelete
  6. kak fzi, saya pun suka singgang tulang ni...nenek saya suka masak ni...
    sedapnya teringat2 masakan nenek pulak dah....

    ReplyDelete
  7. Ohh suzi pun suka singgang.... best kan!
    Lagi best kalau singgang tu simpan lebih dari sehari, bila makan rasa lagi kow kow....hehe
    thx suzi...

    ReplyDelete
  8. Anonymous18:51

    sedap sangat lauk ni, first time cuba masak singganng..:) saya kat UK & hubby cakap rasa macam makan kat kampung, tak perlu ada side dishes, singgang saja dah cukup..:)Thank you (10x)

    ReplyDelete