Thursday

Menu Majlis Kahwin Kakak

Alhamdulillah...

Majlis Kahwin kakak buat kat rumah. Yang abangnya hari tu dah buat kat dewan Ballroom Kelab Golf (di SINI). Jadi yang kakak ni teringin mamanya nak buat kat rumah ala2 kenduri dalam taman gitu...
*boleh klik tengok di SINI*

Menu juadah untuk pengantin mesti la ada ayam golek..he he.. Yang untuk jamuan tetamu ada tiga island. Dua island untuk menu Utama; nasi carrot, ayam goreng malaysia, dalca, daging masak hitam, dan acar mentah. Buah tembikai sebagai pembasuh mulut.
Minuman istimewa hari tu yang semua orang suka ialah 'air teh bunga'....amazing sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘









Manakala ada satu island untuk 'tea corner' yang memuatkan minuman 'teh tarik' serta kueh-mueh.. alhamdulillah.  Cucur badak dan kue koci import khas dari Gombak. Yang lain2 tu dibuat dari dapur ibu pengantin... Hadiah mama buat kakak....











Kueh mueh fzmenu untuk rai'kan kenduri kahwin kakak ialah Kueh Bombai/akok kemboja, bingka Jagung, agar2 merah, cupcake pisang, Choc brownies dan Tapai Pulut. Bila campur dengan  dua kueh yang besan bawak dari gombak; jadi 8 jenis kueh mueh kesemuanya untuk rai'kan tetamu... Alhamdulillah.


**sila klik nama kueh untuk resepi๐ŸŒธ



Tuesday

Tapai Pulut Untuk Kenduri Kahwin

Alhamdulillah...

Masa merai'kan majlis perkahwinan anak kedua baru2 ini(kisahnya di SINI), saya buat tapai pulut buat tambah2 kueh kat 'tea corner.' Alhamdulillah laris tapai pulut... Ramai yang excited sebab kaler tapai agak meriah.. buat dwi kaler; pink campur ori putih beras pulut. Idea asal buat tapai kaler2 ni, dapat masa hadir di rumah terbuka sahabat baik saya di Kelantan. Terus kopipes idea... Balik kL terus buat selang beberapa hari lepas tu... alhamdulillah berhasil dengan jayanya๐Ÿ‘๐Ÿ‘i

Jadi untuk kenduri kahwin anaknda, dapat sediakan 415 pek tapai dari 6kg beras pulut alhamdulillah. Sekejap je siap pek2 kan masuk bekas tu sebab ramai yang menolong..
Alhamdulillah tq rin, abg, shilah, ida dan nana for helping mama SELESAIKAN tapai..hahaha

Boleh tengok kat sini resepi ori tapai pulut fzmenu.

Untuk resepi tapai pulut (yang di olah dek tapai taruk kaler), saya nak ajak semua jom pegi blog Matahati. Fyi readers, itu lah blog tempat saya beralih menulis sementara merehatkan seketika blog fzmenu... Jemput tuan puan ke sana... Cara Membuat Tapai Pulut๐Ÿ’—


Monday

Karipap Inti Daging

Alhamdulillah dapat makan karipap minggu ni. Dah lama tak buat, teringat-ringat nak makan. Jadi dengan semangat rajin yang tak berapa nak ada, buat jugak lah.

Ini hasilnya...


Inti daging + kentang... Sedap, sekali makan kena dua tiga bijik..hahaha

Resepi kulit karipap, lain dari versi yang dulu. Semenjak dua menjak ni buat kulit karipap versi minyak panas.

Resepi karipap yang mudah....๐Ÿ˜‰

Ini intinya....

Jom tengok resepi:

KARIPAP MINYAK PANAS

Sediakan inti karipap ikut citarasa. Kalau saya suka inti kentang + daging/ayam.

Kulit karipap:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin
Setengah cawan minyak masak
3/4 cawan air
Garam satu sudu kecil

Cara:
Panaskan minyak serta margerin dalam periuk. Bila minyak dah betul2 panas, dengan berhati2 tuangkan minyak ke dalam mangkuk  tepung. Kacau2 dengan sudu sebelum dimasukkan air garam. Setelah sebati boleh la di-ambil sebesar guli lalu dicanai, dibubuh inti seterusnya dikelimkan di tepinya membentuk karipap.


INTI KARIPAP
  • sekeping besar daging lembu atau isi dada ayam
  • kentang 5 biji
  • bawang merah besar 2 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 inci
  • lada kering 4 - 5 tangkai
  • rempah kari/kurma 3 sudu besar
  • garam
  • gula

Persediaan:
  1. Daging dicincang/mesin kering dalam pengisar makanan(fp)
  2. kentang di potong dadu/slice dalam fp
  3. bawang merah besar di potong dadu/slice dalam fp
  4. bawang puteh dan halia di cincang halus.
  5. cili kering direndam, basuh bersih dan dimesin
  6. rempah kari/kurma dicampurkan air masak, jadikan pes
Cara:
  1. Tumis bawang puteh, halia dan sedikit bawang merah besar yang dipotong dadu.
  2. Masukkan rempah kari. Masak sampai rempah sebati dengan minyak.
  3. Masukkan daging, masak lama sebelum dimasukkan kentang. Tambahkan air masak untuk empukkan kentang.
  4. Bila kentang dah empuk baru masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  5. Perasakan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sampai inti karipap betul2 'seghing' @ kering baru tutup api. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Sekian wassalam.

Bun Kelapa aka Roti Nyior

Alhamdulillah semalam buat Roti Inti Kelapa. Kalau orang Kelantan gak, panggil Roti Nyior la..ehe..he...

Sangat sedap roti Nyior ni sebab pakai nyior muda ambik kat laman.
En suami tolong ambik buah dari pokok, abg(anak sulong) tolong korek keluar isi kelapa dari tempurung kelapa, rin(menantu) tolong parutkan jadi kelapa parut..

Hahaha....ramainya yang tolong realisasikan hasrat mama nak makan Bun Kelapa berintikan nyor muda yang parut sendiri... Alhamdulillah tenkiu guys๐Ÿ’—

Shilah(anak bongsu), ada projek lain....tugas tolong hiris jagung untuk nak buat bubur jagung.
Bubur jagung yang buat semalam tu pakai 10 tongkol jagung. Hah kalu dah 10 tongkol maknanya santan nak kena ada lebih dari 1/2 kilo...dalam 700g gitu, baru bubur tak cair tak pekat sangat. Alhamdulillah bubur jagung yang terhasil, super sedap๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Resepi Bubur Jagung di SINI

Okeh jom kita tengok camana nak buat roti nyior ni...

RESEPI ROTI NYIOR aka BUN KELAPA

Bahan untuk doh roti:

  • 500 gram tepung high protein
  • 100g gula
  • 2   1/2 sudu kecil yis (mauripan)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telor saizA(ambil sikit untuk disapu atas doh roti sebelum membakar)
  • 40g butter(sejuk dari peti ais)
  • 250ml fresh milk(sejuk dari peti ais)


Cara membuat (guna Bread Maker Empress Cosway):

Masukkan kesemua bahan dalam BM bermula dengan susu, butter dan telor, kemudian diikuti dengan tepung, gula, yis dan garam.

Tekan SELECT, tekan2 hingga nombor 8. Kemudian tekan START. Biarkan BM menguli doh. Bila BM dah berhenti tekan sekali lagi START untuk uli second round.

**jika uli manual pakai tangan, fresh milk hendak lah dalam kondisi suam.

Biarkan sebentar sebelum mula bagi2kan doh, timbang 50g setiap satu. Buboh inti kelapa.
Bila dah selesai, biarkan roti mengembang dua kali ganda. Dah dekat nak kembang tu, panaskan oven 180'C. Biarkan oven panas 15minit sebelum mula membakar roti. Sapu roti dengam bancuhan telor yang lebih tadi dengan sedikit fresh milk. Bakar selama 13 - 15minit atau bergantung pada kepanasan oven masing2.

Inti Kelapa aka Inti Nyior

Kelapa parut dari kelapa muda
Gula
Air
Daun pandan
Secubit dua garam
Bancuhan tepung beras + air

Cara membuat inti:
Panaskan air, gula dan daun pandan hingga air gula jadi cair2 likat. Masukkan kelapa parut. Kacau2 hingga sebati. Masukkan 1 sudu besar bancuhan tepung beras + air ke dalam inti kelapa yang sedang dimasak. Kacau2 hingga hampir seghing. Tunggu sejuk sikit baru boh dalam roti.



Saturday

Ubi Stelor Rebus

Alhamdulillah pagi ni akhirnya jadi jugok la rebus Ubi Stelor aka Keledek ni. Dah seminggu ubi duduk tersadai tak terbuat2. Beli ubi stelor ni masa naik Cameron minggu lepas. Ubinya runcing dan kecil tapi manisnya...Subhanallah...manis leting๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Kalau naik Cameron, sila jangan lepaskan peluang beli ubi stelor yang super sedap ini..kalau nak beli yang dah siap rebus pun ada kat atas tu..tapi pilih peniaga melayu la eh๐Ÿ˜

Cara rebus ubi stelor @ keledek:

  1. Masukkan ubi yang dibasuh bersih bersama air paras2 tenggelam ubi ke dalam periuk. 
  2. Rebus ubi sampai agak2 empuk. Jangan sampai lembik ubi, tak sedap nanti. Nak tau dah kira empuk belom, test cucuk dengan lidi/garfu. Bila..zappp...garfu dengan mudah masuk dalam ubi, hah dah empuk lah tu. 
  3. Terus buboh satu sudu kecil garam buku. Biarkan masak seketika sebelum ditutup api dapur. 
  4. Toskan ubi.
    Dah siap untuk dimakan ubi stelor rebus. Boleh dimakan samada sekali dengan kulit atau dicarik buang kulit ubi.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Wednesday

Cara Buat Sugho Kelantan

Alhamdulillah.....

Hari ni berjaya buat Sugho. Sempena bulan Muharram, dengar nya ramai lah yang buat Sugho di sini sana. Jadi saya yang dah lama berhajat ni, ikut sama la buat...ehe he.. Ya lah rempah sugho pun dah ada, so no excuse..kena jadi juga buat... Alhamdulillah maka terhasil lah tadi dengan jayanya.

Seperti yang dijanjikan lama dulu(dalam posting Sugho Kelate bertarikh 1/3/11 ), nak kongsi lah resepi sugho Kelantan yang original aka asli ini dengan bloggers n readers sekelian. Resepi asli dari kak Sharifah dan arwah Hj Narawi. Alhamdulillah jazakallah semoga pahala berpanjangan buat kedua mereka inshaaAllah...amiinn

RESEPI DAN CARA MEMBUAT SUGHO KELANTAN
(resepi ini saya edit untuk portion yang lebih kecil sesuai dengan saiz periuk dan kuali yang ada kat rumah...)

Resepi asal diceritakan roughly dalam sukatan 2gantang beras, jadi kita kecikkan untuk  sukatan setengah (1/2) kg beras sahaja. Jagung dalam resepi asal pakai jagung mentah saya tukar pakai jagung dalam tin je..

Bahan yang perlu ada:

  • 1/2kg @500g beras
  • 165g kacang merah
  • 165g kacang hijau
  • 165g ubi stelor(keledek)
  • 1 tin jagung kennel dalam tin
  • 500g daging
  • 500g gula
  • 3keret nise
  • 1 sudu kecil garam
  • 500g bawang merah
  • 5ulas bawang puteh
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5batang serai
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan puteh
  • 1 sudu besar umbu rempah ketumbar
  • 1 sudu besar paras lada benar(lada hitam)
  • 150g rempah Sugho
  • 165g kelapa parut utk Kerisik 
  • 500g Santan 

*to be cont...Cara Membuat Sugho Kelantan

Alhamdulillah jom tengok cara nak buatnya camane...


  1. Mula2 masak air...bila dah menggelegak baru boh beras. Rebus beras sampai hancur baru masukkan kacang di-ikuti dengan ubi stelor(ubi dikupas kulit dan dipotong kecil2). Seterusnya masukkan jagung. Kacha2 jangan bagi berkerak di dasar kuali/periuk(fzi guna rice cooker besar untuk part rebus2 ni nak bagi cepat di samping nak jimatkan gas๐Ÿ˜‰)
  2. Masa tengah rebus beras...sediakan bahan lain... Potong daging kasa2(besar2) kemudian rebus. Kena potong besar2 supaya daging tak hancur. Finishing sugho yang cantik kena ada daging yang tak hancur sepenuhnya. Bila dah rebus, carik2kan daging (macam nak buat sambal daging).  
  3. Buat kerisik(sangai@goreng kelapa parut tanpa minyak sampai perang dan kering kemudian tumbuk/mesin kering jadi kerisik).
  4. Sangai(goreng tanpa minyak) satu persatu: rempah sugho, lada benar, jintan puteh dan jintan manis  dan rempah ketumbar. Lada benar, jintan puteh, jintan manis dan rempah ketumbar kemudiannya dimesin kering.
  5. Bawang separuh di buat bawang goreng, separuh lagi mesin mentah. Minyak lebihan buat bawang goreng tu pakai untuk goreng serai yang dihiris halus.
  6. Blend bawang goreng, bawang mentah, bawang puteh, halia, lengkuas dan serai yang digoreng. 
  7. Perap daging dengan kesemua bahan2 yang diblend dan dimesin kering kecuali kerisik.
  8. Tiga kali kering air baru lah buboh perapan daging. Kacha2 jangan bagi berkerak di dasar kuali/periuk.(bila dah selesai part ni, fzi tuang semuanya dalam kuali besar, tukar dari periuk masuk ke dalam kuali)
  9. Kemudian masukkan santan, nise, gula, kerisik dan garam. Sangat kena berhati2 part nak masuk garam ni. Kalau terlebih garam, dah tak boleh wat apa...dah jadi tak sedap sugho. So ingat2 eh.
  10. Masak sampai seghing supaya sugho nanti mudah dan cantik dihiris. Mesti seghing agar sugho tahan lama, tak mudah nak basi.

Alhamdulillah..dah jadi sugho. Kalih2 kan, masuk dalam dulang besar atau bekas2 kecil senang nak kasi2 orang. Eloknya lapik dengan daun pisang untuk aroma sugho yang nyaman..hi hi

Selamat buat Sugho Kelate....๐Ÿ’—