Friday

Cara Membuat Chapati




Semasa ke NSK beli barang dapur, beli sekali tepung attar hajat tu nak buat chapati. Kiranya ni nak sokong usaha hsbd yang sedang berkira-kira nak jaga makan.. konon nya la.. :)


Sampai2 kat rak bahagian tepung, nampak ada satu je tepung attar yang tinggal.. yang bukan saiz sekilo punya tapi plastik yang 2.5 kg... aishh ni macam nak suruh buat chapati hari-hari nih..


Masa tengah Q bayar, senyum2 le kat Aci yang tengah beratur depan saya. Bila berbalas senyum tu, saya ringan kan mulut tanya, "Aci nak buat chapati kena taruk air panas ke?"

"Tader, tader... air suam saja masuk.. air jangan kasi panas.. tader cantek itu chapati..."

Alhamdulillah dapat ilmu dari Aci. Balik google lagi cari..


Jom tengok video ni.. saya senyum sensorang tengok.. hehe




Ok kita tengok pulak video aci ni buat chapati...



dan yang ni..(teringin nak dapatkan roller macam tu.. )



Tu la rupa chapati yang buat semalam. Makan dengan gulai ayam.. alhamdulillah lembut je rotinya.... sume suka, kenyang dan mintak buat lagi... :)


Update: Khusus buat Mona yang maybe takleh nak access you-tube kat ofis..


RESEPI CHAPATI

1 cawan tepung atta
garam secubit dua
air suam secukupnya
minyak untuk sebatikan doh. *lebihkurang 3 sudu besar*


CARA NAK BUAT CHAPATI:
  1. Satukan tepung atta dengan garam dan air suam, gaul hingga jadi doh yang lembut.
  2. Renjiskan sedikit demi sedikit minyak sampai doh jadi sempurna, agak licin dan dah tak brape melekat di jari.
  3. Perapkan sekejap bawah mangkuk selama 10 - 15 minit.
  4. Mula panaskan kuali leper*kuali kena betul2 panas semasa memasak chapati*
  5. Bahagikan doh pada 8 bebola. Bulat2kan dan leperkan. Celup dua tiga kali dalam tepung attar semasa mencanai *agar tidak melekat di jari/penggelek.
  6. Mulakan memasak chapati dengan api yang kecil.

APA AKAN JADI SEMASA MEMASAK CHAPATI?
  • Akan kelihatan gelembung2 selepas seminit dua dimasak.
  • Terbalikkan, biar kelihatan lagi gelembung2 seperti yang mula2 tadi.
  • Terbalikkan lagi (second round) kemudian tekan2 permukaan chapati dengan sodep... kita boleh nampak chapati pakat2 menggelembung naik.. :)
  • Terbalikkan yang sebelah lagi (final).
  • K dah siap, angkat dari kuali.
  • Chapati yang dah siap disapu dengan sedikit minyak sapi... waktu ni terbit aroma yang wangiii sesangat... :)
  • Terus mencanai chapati yang seterusnya hingga habis.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan gulai ayam atau kuah sardin.. :))
Sekian, Wassalam.

22 comments:

  1. cantik naik gelembung capati tuh...terliur plak akak nengoknya

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak fzi.
    capati ni mmg makanan sihat n baik utk diet. sy pn suka mkn. cicah kari n kuah dal sedap sgt.

    ReplyDelete
  3. lama tak buat capati... org kata kalau nak diet bagus mkn capati.. betul ker? hehe..

    ReplyDelete
  4. Sedap capati ini. Malam tadi abis 4 keping cicah gulai ayam, memang best. Bagus untuk kesihatan, ganti nasi.

    ReplyDelete
  5. hee.. dlu kalau dok kumpul semua family, dnner msti buat capati.kalau nak lbh cntek mse msk capati tu, besenye dwg tekan2 gune towel yg bersih. rase lg lembut :)

    ReplyDelete
  6. Jarang makan capati.. Baru tahu cara pembuatannya..

    ReplyDelete
  7. NoorMasri..
    Sama la kita, suka tengok time naik gelembung tu.. cam magic je.. hehe

    ReplyDelete
  8. Wsalam Anis..
    Betul, satu diet yang baik .. lepas ni gerenti akak duk ngulang buat capati sebab nak ngabihkan tepung atta yang dua kilo setengah tu.. hehe
    Tapi makan cecah2 kuah yang lemak dan bersantan tu satu hal jugak kan anis..

    ReplyDelete
  9. Madihaa..
    Info kata, capati lebih baik dari roti canai sebab berserat tinggi.. Tapi sebab kita pi cicah dengan gulai kenalah cover balik dengan minum jus buah buahan tanpa gula.. :)

    ReplyDelete
  10. SOT..
    Diet yang baik InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  11. Hi rinnn..
    Hepi belated befday ya..makcik hari tu dah nak sms tangguh2 langsung lupa.. moga diberkati Allah..aminn
    Memang best capati kan rin, dulu makcik ada gak tekan2 ngan kain lembap sebab ikut resepi time sekolah menengah dulu.. tapi now dah ikut cara mudah kat u-tube tu.. :)

    ReplyDelete
  12. Nur-nba...
    Memang elok makan capati ni deorang kata nur..
    senang sekarang ni banyak tunjuk-cara masakan melalui u-tube.. :)

    ReplyDelete
  13. thankyou makcik. aminnn :)
    hee..mmg best kalau utk sape2 yang nak maintain kan berat bdn. kat umah rin, sape rse nak mkn capati, gie umah nenek je la jwbnye :D hehe..

    ReplyDelete
  14. Salam kak Fzi,
    saya dok ingat buat capati pakai tepung biasa je. tak tahu pulak tepung attar tu. kat sini kite tak pernah buat. tp adalah kawan faiz dari india pernah bagi makan dengah gulai. sedap ni. :)

    ReplyDelete
  15. Sama-sama rin..
    Waaa nenek rin buat mesti lagi lembut rotinya.. :)

    ReplyDelete
  16. Wsalam ijan..
    Itu ler, chapati ni pakai tepung attar... ijan dah pernah rasa tu leh la buat. Makan ngan kuah sardin pun best, akak penah rasa dulu kat Tg Malim.
    ..sana senang cari kot tepung attar, ijan.. mesti ada tu dekat Indian store..

    ReplyDelete
  17. muna13:52

    Sdpnya...macam rangup aje.Resepi tak ade ke?

    ReplyDelete
  18. mona..
    Alhamdulillah sedap.. dia tak rangup mona.. tapi lembut, kita makan gitu je pun dah sedap.. :)
    Ooo kat PA tak leh ek u-tube? Ramai yang tak dapat bukak u-tube kat ofis.. k lah nnt pasni kita tulis resepi..

    ReplyDelete
  19. saya pernah buat capati tu kat rumah, menjadi ler, tapi kan yg makan cumak mak/ayah je..anak2 kurang makan.

    1st video tu hehe suka tengok - skilled worker tu payah nak dapat kat mesia!

    ReplyDelete
  20. yan...
    Anak2 taknak chapati, nak mama dia buat Nan Cheese kot..hehe.. Akak pasni InsyaAllah nak terai wat roti Nan Cheese pulak.. :)
    Memang suke tengok 1st video tu, cuba yan terai tengok yang selepas tu.. lagi lawak pakai baling-baling camtu je roti kat seberang.. hehe

    ReplyDelete
  21. Salam...pekeliling jalan ...larut mlm abis keje saya suka mkn capati ! Perut boroi boleh kempis ,bdn boleh jadi lansing....zaĆ assssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam en azhari. Alhamdulillah elok tu, ambik capati je dinner..kurang kolestrol..

      Delete