Wednesday

Daging Masak Hitam


Semalam, termenung duk pk lauk apa kakak nak bawak bekal pegi keje. Anak saya yang duk tunggu SPM tu sebenarnya dah dapat keje sekarang ni. Dapat keje dekat kedai buku. Alhamdulillah ramai gak kawan2 yang sesama tunggu result baru masuk keje sekali. Yalah, sementara empat lima bulan ni, keje lah dulu, tambahan pula PLKN(Khidmat Negara) pun tak dapat. Kurang2 dapat duit poket...hehe

Tiba2 teringat pesan papa suh agresif sikit masak daging kurban yang banyak lagi berbaki tuh.

"Kena habiskan, kalu lama sangat kang keracunan".... pesan papa.

Saya kata, "InsyaAllah ok kot sebab daging frozen yang diaorang jual tu lagi lah lama kat dalam peti.... Ini kita baru brape ari....."

Amboi bab menjawab bukan main...
:D

Jadi buat lah Daging Masak Hitam semalam. Bila buat menu ni, selalu teringat kat abang di kolej PJ. Anak yang sulong tu suka sangat dengan daging masak canggini.


Resipi Daging Masak Hitam
Bahan2:
  • daging lembu dipotong besar2 lalu direbus (jangan sampai kering,tinggalkan sikit stok daging)
  • bawang merah besar 1 labu *
  • bawang puteh 2 ulas *
  • halia 1 inci *
  • lengkuas setengah inci *
  • cili kering 4/5 tangkai *
  • serai 2 batang diketuk
  • asam keping 1 keping
  • kicap manis
  • garam
  • sedikit lada hitam ditumbuk

Cara buat:
  1. Semua bahan yang bertanda * di tumbuk lumat/blend.
  2. Tumis lada hitam diikuti kesemua bahan yang ditumbuk.
  3. Sementara itu slice nipis2 daging yang dah siap direbus.
  4. Bila bahan tumisan dah masak, masukkan daging yang dislice, serai dan asam keping
  5. Renjis2kan sedikit kicap biar mesra semua di atas dapur.
  6. Biarkan beberapa lama kemudian masukkan lagi kicap dan stok daging yang disimpan. Tambahkan garam.
  7. Biarkan masak dalam api yang kecil. Boleh ditambah bahan2 seperti buah tomato, cili besar dsb untuk hiasan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

18 comments:

  1. Banyaknya stok daging korban akak ye...sedap daging msak hitam ni kan!

    ReplyDelete
  2. salam kak sedapnya dgg masak hitam tu masuk list dulu hihihi

    ReplyDelete
  3. salam kak fzi..
    ingakan kat rumah saya jer yg tak abis lagi daging qurban tu.. rumah akak pun sama gak yer..

    ReplyDelete
  4. Anonymous20:57

    Salam Kak Fzi,
    Daging korban akak ada lagi? wah banyak tue...kite tak pernah masak hitam daging. tp kambin pernah.. daging pun mesti best ni...

    ReplyDelete
  5. E-na...
    Itu la.... daging + tulang lembu dapat ari tu macam untuk simpan stok bebulan...heheh...
    Tulang tu kalu akak tak buat sup, menyinggang je lah... :)

    ReplyDelete
  6. Wsalam chik mi...
    Memang best daging masak itam ni, akak buat ala2 resepi chef wan... :)

    ReplyDelete
  7. Wsalam zalieda...
    itu lah...alhamdulillah takyah beli daging dalam sebulan dua ni... nak kena abihkan yang mana ada tu dulu... :)

    ReplyDelete
  8. Wsalam ijan....
    Selagi stok masih ada ijan...heheh... tapi kena pulun buat time lunch untuk akak & anak2 je daging + tulang lembu tu ijan.... sebabnya papa diaorang kena coti dulu makan daging...keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan makan red meat... :D

    ReplyDelete
  9. citer psl daging korban, pernah 2 tahun dulu, daging korban saya dpt terperap dlm freezer nk kat setahun!!! adoiii...punyalah mls nak masak. teruk betuiii!!!!

    ReplyDelete
  10. Ain...
    Sama la kita...penah terjadi gak kat akak camtu....at-last kena gak buat dalam risau2 takut dah expired tu.... :) Sebab tu kena hulor cepat2 kat memana kawan kalu time dapat terlebih banyak tu... :D

    ReplyDelete
  11. Daging masak hitam fzi ni memang lazat. Bukan setakat pujian dari suami dan anak2 tapi selalu mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak yg pernah menjadi tetamu yg dihidangkan lauk ini. Peberet saya ni, cuma kebelakangan kena kurangkan pengambilan daging merah atas nasihat doktor.

    Note: kalau ada kelapangan jemputlah baca perutusan tahun baru saya ye...he he.

    ReplyDelete
  12. Pa thx kasi compliment...hehe

    Memang mama rasa hepi tiapkali hidang kat tetamu lauk ni saing ngan gulai ayam time buat nasi minyak tu, sahabat2 kita mesti tanya direct atau call lepas tu, mintak resepi...hehe...
    Alhamdulillah dah dapat panjang2kan ilmunya kat ramai kengkawan...moga mama dapat sahamnya sikit sebanyak InsyaAllah... :))

    ReplyDelete
  13. Anonymous08:58

    salam kak fzi...walau terlewat nak komen jugak kat sini...daging masak hitam memang sedap...ima pernah buat,pakai resepi hasue...lepas ni bolehlah cuba resepi akak pulak...mesti sedap ni sbb letak cili kering..

    ReplyDelete
  14. Salam kak Fzi,
    kalu kat Kelantan, glemer,kan daging masak hitam ni? sedap...!

    ReplyDelete
  15. Wsalam ima...
    boley terai buat ima, tak rugi kita pelbagaikan resepi...hehe
    akak kat rumah selalu la buat sebab kadang jemu asyik goreng daging garam kunyit je...hih

    ReplyDelete
  16. Wsalam nur...
    Daging masak itam ni akak asalnya ikut stail chef wan. Tapi ada la iras2 sikit ngan stail masak kicap kelate....tapi kalu masak kicap yang masuk kentang tu lain pulak...macam2 resepi ni, kan nur.... :)

    ReplyDelete
  17. Anonymous17:16

    Salam Kak Fzi, nmpk sedap daging masak itam ni. Ni menu oghe kelate gok ko?

    :)

    ReplyDelete
  18. Wsalam intan...

    Daging masak itam ni originalnya dari resepi chef wan... Masa tu kalu tak silap salin resepi masa chef wan duk masak2 dalam tv sekitar tahun 98...Chef wan duk citer pasal 'daging masak hitam mak jah' (mak jah ialah jiran kat kampung chef wan..jiran tu kebetulan antar masakan tu masa chef wan ada kat umah emaknya di kampung)...amboi akak kongsi citer pasal chef wan pulak...hehe

    Tapi semak2 balik, caranya bih kurang gak dengan stail kelate...ada beza sikit2 je.. :)

    Thx intan singgah MENU akak k...jemput mai lagi... :D

    ReplyDelete