Friday

Ikan Percik


Petang semalam memanggang lagi.....

...kali ini buat Ikan Percik pulak. Kakak yang sepatutnya balik hari ini, dapat balik sehari lebih awal sempena cuti depavali. Oklah...dapat lah lama sikit kakak kat rumah.

Saya dah plan siap2 kalau kakak balik nak buat percik lagi. Ikan kembong fresh yang beli kat gerai Mie Ustaz Sobri hari tu ada belen 6 ekor lagi, bolehlah dibuat percik. Nak cukupkan lauk, buat percik ayam sekali lagi yang ada lagi 2 keping....

..mmmm.
.... sedappp percik ni... lebih2 lagi ikan, saya suka ikan... kalu hari2 makan ikan percik pun takpe.....tak jemu rasa.... :))


Resepi Ikan Percik
  • 6 ekor ikan kembong di perap dengan garam + halia + bawang puteh
  • 2 labu bawang merah besar *
  • seulas bawang puteh *
  • seinci halia *
  • 3 tangkai cili kering *
  • santan untuk kuah percik
  • manisan *
  • garam
  • sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah
  • 1 asam keping
Caranya:
  1. Mula2 sekali, kuatkan hati hadapi cabaran untuk nak hidupkan api dari dapur arang....hehe *bab ni yang saya selalu surrender...amat mencabar kesabaran* :)
  2. Masak santan + bahan2 yang bertanda * (yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
  3. Tambahkan garam. Kalau kurang manis dari rasa manisan tadi, tambahkan sedikit gula (kuah percik harus ada rasa manis)
  4. Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak. Bila sekali gelegak, terus tutup api.
  5. Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna. Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik. Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik pada sebelah ikan yang satu lagi. Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar dua tiga kali.
  6. Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan cicah2 ikan percik dengan nasi nanti.

9 comments:

  1. wahh...percik lagi kak ekh!!! sdp lah kak!! kita nk try buat percik ikan lah!!

    ReplyDelete
  2. hehe...itu la, akak kalu ada ikan kembong fresh pastu yang besar pulak tu, mesti takde pikir nak masak lain...masak percik la jawabnya...hehe
    Buat la ain...lepas buat sekali gerenti nak buat sokmo :)

    ReplyDelete
  3. kakak14:37

    besh2...
    kenyang tol makan smlm...
    ma, nati wat lagi yek!
    heheheheh..

    ReplyDelete
  4. Anonymous14:46

    akak... ikan percik memang kegemaran kami anak beranak...dulu selalu buat...tapi sejak ada anak kecik ni malaslah pulak...ima bakar guna microwave...pun sodap.

    p/s..akak,kalau bakar guna oven...tak meninggalkan bau ke kat oven tu...

    ReplyDelete
  5. ya la kak... :)

    ReplyDelete
  6. Ima,
    Kakak ada banyak kali jugak le buat ayam percik pakai oven, memang tinggal bau jugak le tapi pintu oven kita kena bukak la bila dah abih guna...biar keluar aroma ayam percik tu dulu... kalu nak buat kek kena buat hari lain...hehe

    Tapi kalu ikan percik pula akak kadang just panggang atas dapur gas je, guna double layer tempat panggang ikan tu...takde la ikan direct kena api... ok gak, mudah dan cepat... :)

    ReplyDelete
  7. Ikan Percik ini sungguh lazat. Especially bila bakar atas dapur arang ni, rahsianya last kopek tu kena bubuh kuah percik atas ikan dan bakar lagi, biar kuah tu melekat. Bakar tu biasalah kena atas panas bara yg slow motion....ish ish...acu cuba tra.

    ReplyDelete
  8. kak kita pun suke ngan ikan percik tau nak buat jugak ler hihihhii bila la tu??? kak tiup sket bg ghajen sket

    ReplyDelete
  9. chik mi....
    fuhhh....fuhhhh.....hehe...dah tiup dah chik mi... hehe

    Ikan percik ni rahsianya kalu nak bagi jadi buat, lepas basuh terus perap dan dan lepas balik pasar. Bila dah kita perap no excuse...terpaksa teruskan misi memanggang....hehe
    Ikan takpe perap lama, lagi lama lagi sedap dan wangi bila bakar....

    ReplyDelete