Bila sebut bawang goreng, mungkin ramai yang memilih untuk beli yang ready-made je sekarang ini. Tak dinafikan cara itu lebih mudah dan menjimatkan masa. Lagipun dah banyak dijual di pasaran dengan berbagai-bagai cap/jenama.
Namun jika tanya saya, saya lebih suka buat sendiri. Rasanya lebih sedap dan mutunya pula terjamin. Masakan kita akan rasa tambah sedap dengan adanya bawang goreng yang sedap. Jadi elok dikongsi cara untuk buat bawang goreng yang rangup ini dan bau pulak...wangiiii.....*kalau yang beli kadang berbau tengik dan tak berapa fresh*. Kerangupannya pula InsyaAllah akan lebih tahan lama kalau disimpan di dalam bekas yang kedap udara.
Mungkin ramai yang dah expert buat bawang goreng ini.... tapi mungkin juga ada yang belum dapat info tentang cara ini...Jom tengok camana....
Cara2nya ialah:
- Kupas bawang merah dan basuh bersih. Biarkan ia betul-betul kering baru dimayang halus.*saya selalunya membiarkan bawang kering sendiri dari pagi, masuk tengahari baru goreng*
- Selepas itu, gaul2kan bawang yang dimayang dengan sedikit garam.
- Panaskan minyak masak dan gorenglah dalam minyak penuh dan dengan api yang sederhana. Jangan selalu dikacau-kacau. Biarkan saja. Hanya bila nampak ada yang nak garing di tepi baru di tukar-tukarkan tempat dengan yang masih putih.
- Bila dah garing keseluruhannya, angkat dan sejatkan atas tisu tos makanan. Hasilnya nanti akan membuat kita tersenyum puas. Bawang goreng jadi sangat rangup dan sedap dimakan.
Bawang goreng ni kite selalu surrender bab2 nak kupas n potong bawang tu je... harus 'menangis' kalau potong banyak2..heheh
ReplyDelete...hehe...betul..bab nak mengupasnya lah yang payah sikit...bukan payah apa, sambil mengupas sambil bersedih...hahaha
ReplyDelete