Thursday

Sambal Belacan


Sambal belacan bagi lain orang lain caranya. Contoh yang jelas, semasa berbual tentang sambal belacan dengan 2 orang rakan saya, ketiga2 kami mempunyai cara yang berbeza dalam menyediakannya.

Nak cuba cara saya? Jom kita semak, mana tau mungkin cara kita sama....


Bahan-bahannya:
  • cili merah 5 - 6 tangkai
  • cili api segenggam
  • buah tomato sebiji yang sederhana besar
  • belacan sebesar ibu jari *dibakar terlebih dahulu*
  • perahan air limau nipis
  • garam
  • gula
Cara membuatnya:
  1. Buang kesemua tangkai cili dan biji cili merah*kalau boleh elakkan dari mesin bersekali dengan biji cili merah* kemudian basuh bersih.
  2. Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisarlah. Kalau pengisar tak bergerak, off kan dan kocak2 kan jug blender dan kemudian kisar lagi. Ulangi proses dua tiga kali. Jangan ditambah air sebab buah tomato dah banyak air.
  3. Ok! Siap untuk dihidangkan! *untuk lebih tahan lama, elok disimpan di tempat beku. Keluarkan awal2 sebelum tiba masa makan. Jadi tidak lah kena buat sambal yang baru setiapkali nak makan sambal belacan*

1 comment:

  1. Sambal belacan ni memang peransang selera. Buat cicah-cicah, tak kisah le dgn ulam2an atau lauk ikan/daging/ayam dsb. Memang jadi penyedap hidangan. Selamat mencuba.

    ReplyDelete