Wednesday

Gulai Ketam Masak Cili Api


Alhamdulillah hari ni sampai kan hajat en suami nak makan gulai ketam. Dah banyak kali sebut, saya yang buat tak tau sebab risau en suami kalau makan seafood mudah benar nak kena balik gout. Itu yang buat do no je..tapi hari ni buat jugak la at last๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜€

Faveret en suami ni gulai ketam,,๐ŸŒธ

Resepi ori masak cili api, hanya ketam, santan, cili api, kunyit hidup, serai, asam keping dan garam serta secubit gula wat syarat je. Tapi kan, kali ni ada nenas, so tambah masuk nenas. Kalau ada nenas dah tak payah masuk asam keping. Sangat sedap...alhamdulillah.

Caranya mudah...

Cili api ditumbuk dengan kunyit hidup digaul dulu dengan ketam di dalam kuali tanpa minyak.
Bila dah melekat kaler kuning kunyit tu dekat ketam baru dimasukkan serai, asam keping dan santan pekat dalam secawan. Tambahkan sedikit air masak dalam setengah cawan. Perisakan garam dan secubit gula *sebagai ganti aji-no-moto*.....

Alhamdulillah
Sekian wassalam.

Tuesday

Asam Pedas Ayam Yang Jeligho

Banyak trip buat asam pedas ni...he he

Assalamualaikum.

Kalau posting sebelum ni tunjuk Asam Pedas Daging, kali ni nak tunjuk Asam Pedas Ayam pulak. Jeligho sungguh asam pedas ni.๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Alhamdulillah bunga kantan kat laman banyak klua...syukur alhamdulillah.

Bunga kantan ni saya dah check harga kat pasar, jatuh ke singgit sebatang. Mak ai, bulih kigho mahal dih..ish ish.. Syukur lah tergerak hati dulu nak tanam pokok ni. Sekarang dah makin subur, sekali petik dapat la dalam 5 - 6 kuntum bunga kantan. Tak terbuat lah saya asam pedas kalau semua nak pakai sendiri ..itu yang bila anak menantu balik bagi2 suruh wat balik rumah sewa masing2. Dan dapat hulur  sama kat jiran dan kawan dekat2 sini ... alhamdulillah.

Resepi Asam Pedas Ayam yang sama tu jugak la....dulu kisahnya di sini๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ resepi sama jugak dengan Asam Pedas Daging๐Ÿ‘


MASAK ASAM PEDAS AYAM
  • ayam di potong dalam keratan kecil
  • *cili kering
  • *bawang besar merah
  • *bawang putih barang seulas
  • *sedikit halia
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • serai 2 batang
  • bunga kantan sekuntum
  • daun kesum
cara membuatnya:
  1. Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian ditumis garing.
  2. Selepas itu masukkan ayam. Masak sampai ayam kecut dan sebati dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan belacan dan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
  4. Tambah air masak untuk lebihkan kuahnya. Biarkan lagi di atas dapur dengan menggunakan api yang kecil.
  5. Bila dekat nak tutup api baru dimasukkan daun kesum yang... ouhh...membangkitkan aroma.... mmmmm...

Thursday

Asam Pedas Daging

Alhamdulillah...kemarin masak menu sedap sikit untuk makan tengahari. Simple je tapi alhamdulillah sedap.  Daging kurban ada lagi tu...teringat en suami ada sebut mintak buat asam pedas. Nak tunggu beli ikan alamat tak terbuat2 la asam pedas. Jadi buat Asam Pedas Daging je lah. Alhamdulillah sedap sangat, gandingkan dengan kacang panjang goreng dan ikan kering..hah dahh...sedap lagi mengenyangkan...alhamdulillah.

Resepi sama macam nak buat Asam Pedas Ayam dulu....



ASAM PEDAS DAGING

Sediakan bahan2nya:
Daging dihiris nipis(lepas hiris saya rebus dulu siap2)
*cili kering
*bawang besar merah
*bawang putih barang seulas
*sedikit haliasedikit
belacan
air asam jawa
serai 2 batang
bunga kantan sekuntum
daun kesum

Cara membuatnya:

  • Tumbuk bahan yang bertanda * kemudian ditumis garing.
  • Selepas itu masukkan ayam. Masak sampai ayam kecut dan sebati dengan bahan tumisan.
  • Masukkan belacan dan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
  • Tambah air masak untuk lebihkan kuahnya. Biarkan lagi di atas dapur dengan menggunakan api yang kecil.
  • Bila dekat nak tutup api baru dimasukkan daun kesum yang...ouhh...membangkitkan aroma.... mmmmm...
Sekian wassalam.


Friday

Mini Caramel Cheese Cake



Alhamdulillah nak kisahkan pasal cheese cake kali ni. Dah lari dari menu Kelantan ni..hahaha....

Resepi cheese cake yang sangat sodap ni hasil carian di internet. Alhamdulillah..anak menantu suka..en suami pon suka..

Asal2nya, google resepi ni lepas rasa kesedapan Caramel Cheese Cake dekat Nando's. Alahai teramat la sedap. Itu yang kata tak boleh jadi ni, misti nak cari jugak resepi, buat sendiri. Walaupun yang hasil buat sendiri tak sama rasa dengan yang kat Nando's tu, tapi okay laa...dah best sangat rasa. Memang mabeles, alhamdulillah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Okay...ini resepinya...

Mini Caramel Cheesecakes


Bahan2 nya:

Untuk crust

2   1/4 cawan biskut oreo dhancurkan @ beli yg readymade hancur
1 sudu besar gula perang
1/2 cawan butter dicairkan,

Untuk cheesecake

448g cream cheese
150g gula
60g yogurt
2 biji telor gredA
2 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu kecil vanilla
Secubit dua garam

Untuk Topping

Sos caramel

..............................


Cara membuatnya:

Panaskan oven 170'C

Satukan biskut oreo, gula perang dan butter yang dah dicairkan. Gaul sebati. Masukkan sesudu besar untuk setiap cup kertas dalam dulang muffin. Tekan2 sikit dengan sudu. Sejukkan sekejap dalam peti ais.

Putar cream cheese dan gula hingga gebu. Masukkan yogurt, telor, vanilla, tepung dan garam...putar lagi sehingga sebati kesemuanya. Tuangkan adunan ke dalam jug supaya senang dituang adunan ke dalam cup kertas. Tuang adunan cheese biar hampir penuh untuk setiap satu cup kertas.

Bakar cheese cake 15 hingga 20 minit. Setelah masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum sambung sejukkan di dalam peti ais.


Sedap dihidang sejuk. Sudukan sesudu caramel atas cheesecake semasa menghidang. Rasai lah kesedapannya...yummy๐Ÿ’—๐Ÿ˜


Cara buat Sos CARAMEL 

Bahan2nya:

1/2 cawan air; 115g
1   1/4 cawan gula; 240g
1/2 sudu kecil (2g)   garam
1 cawan whipping cream; 225g
Sesudu kecil butter(optional)

Cara-caranya:

  • Panaskan air dan gula. 
  • Biarkan masak hingga berbuih2 sambil sesekali dikacau2. 
  • Bila timbul satu bahagian berwarna perang gelap, terus masukkan whipping cream. Kacau lagi hingga pekat dan cantik warnanya..

Sos caramel sedap dimakan dengan lempeng, roti canai, roti dan sebagainya. Bila disimpan lama dalam botol ia akan mengeras jadi boleh dipanaskan sekejap dalam mikrowave bila nak guna, panaskan hanya sampai ia boleh diceduk dengan sudu.

Selamat mencuba buat cupcake yang over sedap ini. Tak cuba, tak tau...dah cuba baru tau inshaaAllah๐Ÿ‘๐Ÿ˜€





Brownies Chocolate Yang Sedap

Alhamdulillah....ramai yang suka brownies choc yang buat time kenduri hari tu.. (di SINI)  Buat brownies saing ngan kueh2 Kelantan yang manis2 belaka. Abis la... Pesanan penaja: kita yang omo2 border penyakit ni mintak beringat2 la ya makan ...

Kueh2 lain kat Tea corner; Agar-agar Merah, Tapai, Kueh Bombai aka Akok Kemboja, Bengkang Jagung, Cupcake Pisang, Kueh Koci dan Cucur Badak. Koci dan Cucur Badak import dari Gombak. Yang selain koci dan cucur badak, alhamdulillah tuan rumah berhempas pulas buat sendiri....produk fzmenu..ehe hee...

Brownies tu lepas bawak klua kat tetamu(100++ keping), tak lama lepas tu abis sudaa.... Kejap je dah kosong dulang kueh. Bukan takat budak2 je yang suka brownies ni, orang tua pun sama khabarnya..hi hi

Alhamdulillah, rasanya first time saya buat brownies boleh kata...menjadi la... Menjadi dengan jayanya, uolls... Kalau sebelum ini, asal buat brownies je mesti ada slack mana2, tapi yang buat kali ni alhamdulillah kira agak puas hati la.

Time whatsapp gambar brownies tu kat anaknda masa ianya baru klua oven, anak saya pun ikut teruja, "... waahh mama, camner boleh jadi kriuk2 camtu eh, susah tau nak dapat jadi camtu...!" Satu komen yang buat saya senyum sampai ke telinga..he he...sukahati la kan sebab ternyata bukan saya sorang je rasa brownies kali ni agak menjadi..hahaha

Nanti saya update resepi.. to be cont.

***UPDATE
Ini resepinya.. dari website omputeh...tqvm

Choc BROWNIES

Bahan2nya:

1/2 cawan (115g) butter
228g coklat masakan, sy pakai coklat beryl's
3/4 cup (150g) gula
1/4 cup (50g) gula perang
3 biji telor A
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan + 2 sudu besar paras (80g)tepung serbaguna
2 sudu besar (11g) serbuk koko
1/4 sudu kecil garam
1 cawan(180g) semi-sweet chocolate chips(boleh ganti pakai coklat beryl's yg di potong dadu kecil2)

Cara membuatnya:

Cairkan butter dan coklat yang dipatah2kan dalam periuk dengan api yang sederhana panas. Kacau2kan ia lebihkurang 5 minit, atau boleh juga cairkan di dalam mikrowave selama 20saat. Biarkan sejuk. Panaskan oven 170C' serta sediakan loyang 9x9 inci. Sapu butter pada loyang dan lapik dengan kertas minyak.

Putar gula dan gula perang bersama adunan coklat dan butter tadi. Masukkan telor dan vanilla, pukul biar sebati kemudian baru masukkan tepung, serbuk koko dan garam.  kaup balikkan guna senduk kayu. Setelah itu baru campurkqn choc chip. Tuang ke dalam loyang yang tersedia dan bakarlah selama35-36 minit atau sehingga brownies kelihatan lekang dari tepi2 loyang. Potong empat segi sama. Untuk hirisan yang kemas, potong guna pisau yang tajam, lap pisau dengan kertas tisu setiap kali selesai hiris satu potongan.

Alhamdulillah.